Wednesday 25 March 2015

HIMPUNAN NOTA Q&A



 BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

Soalan dan jawapan terkumpul 25.3.2015

Question 1:



1.       Adakah sering mengalami pedih atau perit bahagian dalam dada merupakan tanda2 awal untuk mendapat sakit jantung.



2.       Sy pernah berjumpa doktor untuk periksa tekanan darah tinggi dan sering mengalami sakit belakang tengkuk dan atas bahu. Menurut doctor kebarangkalian utk mendapat penyakit darah tinggi kini diparas par..apa langkah yg paling baik utk sy lakukan selain dari mengambil ubat ubatan (berkimia).




Anwer: 
  Perit atau pedih di bahagian dada biasanya di sebabkan oleh reflux iaitu isi perut naik ke esofagus. Sakit disebabkan jantung biasanya berlaku semasa semasa kita menjalankan aktiviti, sakit dada sebelah kiri, rasa menekan, sakit menjalar ke tangan sebelah kiri atau dagu diikuti dengan sesak nafas dan berpeluh dengan banyak. Jika bimbang dan tak pasti bolehlah stress test di hospital.Utk mengelakkan tekanan darah tinggi jaga makan, kurangkan makan santan dan minyak, buat senaman yang regular.

Question 2:
Doktor, saya kalau sudah lama tak exercise kemudian bila nak exersice for the first time akan rasa mencucuk di dada. So sama ada kena stop takpun slow down intense masa first time exersice balik tu. But bila secondtime, dah takda apa2 dah. walaupun intensiti tinggi. Even if its happen, its uncommon(the frequency). Most of the time tak. Kenapa ye berlaku macam tu?
Answer:
saya tak pasti apa yang rasa menyucuk, besar kemungkinan diaphragm mengalami cramp.

Question 3 :
Kenapa bila duduk lama bila bangun sakit dibahagian bawah perut dan pinggang?
Ini mungkin disebabkan oleh compression  pada saraf oleh spine  semasa kita nak bangun.

Question 4 :

Dr, sy bila buang air besar terkadang, bukan selalu menitis darah(xbanyak) dr tempat pembuangan air besar. Kadang2 berlaku, apakah itu petunjuk sy ni terkena buasir?
2. Ayah saya menghidap buasir, apakah genetik ini akan  berlaku pada anak2nya?
3. Apakah saya mmpu mencegah buasir lebih parah?(jika sy menghidap penyakit buasir)
4. Apakah makanan yang perlu dielakkan  dr terkena buasir?

Answer: 

  1. Iye besar kemungkinan tuan menghadapi buasir
  2. Tidak ada menunjukkan penyakit ini penyakit keturunan, biasanya disebabkan mereka banyak mengangkat benda berat, penceramah yang bersemangat, sembelit yang berterusan, selalu mengalami cirit , proses bersalin yang kerap.
  3. Elakkan
  4. makan banyakserat dan minum air


Question 5 :
Isteri saya period tidak menentu , apakah sebab perkara itu berlaku? mohon pencerahan.

Answer:
Ada banyak sebab  dari ketidakseimbangan hormon hinggalah  ketidakstabilan emosi.

 
Question 6  :
Sy sering melakukan senaman, tapi berat badan masih tidak menunjukkan penurunan . Cara pemakanan saya, iaitu selalu mengambil makanan beehun dan jarang makan nasi. Berat saya 55kg tinggi 161 apakah berat ini ideal.
 
Answer: 
81 berat yang normal dan BMI tuan dalam 22
 
 Question 7 :
As salam Dr
Soalan saya doktor kalau makanan tu diblender dahulu pun still tidak sesuai yer?Adakah hanya buah jer sesuai untuk umur 6 bulan?
Answer :
Tidak berapa sesuai kerana agak "heavy" utk bayi kecil yg sistem penghadamnya blm cukup matang. Boleh beri sedikit nasi bubur yg telah diblend halus 1x sehari. Setelah beberapa minggu makan nasi blend, boleh tambah carrot & sayur hijauyg lain. Tambah kpd 1 jenis sayur shj pd satu masa dan teruskan begini utk bbrp  minggu sblm memperkenalkan jenis yang lain. Elakkan telor  sblm umur 1 tahun(takut ellergic)

Question 8 :

Apakah normal bg org yg selsema akan mengalami sakit kepala? Sy dah 3-4 hari selsema tidak hilang. Apakah ubat yang paling mujarab untuk selsema?
 
 Answer: 

Iye normal, selsema disebabkan oleh virus dan pada waktu yang sama virus tersebu tmenginfeksi selaput otak yang menyebabkan kita sakit kepala.
Ubat yang paling mujarab untuk selsema minum air yang banyak,

Question 9 : 
Adakah sesuai memberi anak 6 bulan makanan seperti labu, pisang, kurma, kentang, epal, avocado. Bagaimana nak menganal pasti makanan itu sesuai dengan umur anak?

Answer : 
Makanan tersebut adalah tidak sesuai untuk bayi 6bulan. Boleh beri sedikit fresh fruit juice yang dibuat sendriri tanpa gula. 
 

 


No comments:

Post a Comment