Friday 27 March 2015

HIMPUNAN NOTA Q&A




BILIK  50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

Soalan dan jawapan terkumpul  25 Mac 2015

 
Question 1:
As salam, macam mana nak mengatasi masalah mulut / nafas berbau?
Answer:
1.    Practise good oral hygiene and drink a lot of water.
2.    Jumpa doctor buat pemeriksaan mungkin ada spondylosis atau exostosis.

Question 2:
Jadi penceramah aktif dan bersemangat dan angkat benda berat pun boleh kena buasir ke doctor?
Answer:
            Iya, sebab ia meningkatkan tekanan dalam abdomen.

Question 3:
Sendi ibu jari kanan saya bengkak akibat menarik serumpun serai di belakang rumah. Sebulan sakit dan sendinya tidak dapat diluruskan seperti otot tersekat. Bagaimana  cara nak pulihkan ia? Sebab saya tolak untuk ke fisio sebab ia melibatkan waktu pejabat.
Answer:
Cuba rendamkan jari dalam air suam dan cuba bengkokkan sedikit demi sedikit setiap hari.

Question 4:
Salam doc, apakah dengan makan megi hari-hari boleh percepat risiko untuk mendapat darah tinggi dan kanser. Purata 5 bungkus seminggu.
Answer:
Dr Kamaludin Karmain.
·           Makan magi tidak boleh kerap daari 3hari sekali sebab magi mengandungi lilin dan badan kita mengambil masa 3hari untuk clearkan. Lagi makanan segera tidak elok di makan seperti yang telah dikatakan oleh doctor Azlinda.
Dr Azlinda Ashani.
·           Mee segera sangatlah tidak baik untuk kesihatan kerana terlalu banyak bahan kimia. Saya sudah band anak-anak makan benda sejak bertahun-tahun. Sekali sekala diaorang curi makan beli di sekolah. Itulah.....makanan disekolah rata-rata termasuklah dalam kategori Bad Food.
Dr Zubaidi shared: KESAN MAKAN MAGGI PADA WANITA HAMIL
                          http://drzubaidi.com/blog/tag/maggi/

Question 5:
Bagaimana nak kurangkan hyperactive anak autism..seperti jika dia suka sangat dia akan tepuk – tepuk muka. Dulu saya ada bagiexoma but now dia sendri kata ubat untuk orang sakit. Beli coklat pintar..satu bekas habis dalam sehari. Ada cara atau ubat untuk dia untuk mengurangkan hyper atau mengamuknya doc?
Answer:
            Maaf, saya kurang pengetahuan tentang austism. Kita akan cari kawan-kawan yang pakar psikiatri kalau ada.

Question 6:
Doctor..
Adakah ada aper masalah jika stop makan ubat pencegahan hamil? Adakah ubat pencegahan  memberikan kesan kepada kuantiti susu? Wife saya sejak makan ubat nie susunya berkurangan N haidnya  tak teratur 2 minggu sekali datang.
Answer:
Insha Allah tidak apa-apa kalau dah makan terlalu haid akan menjadi tidak regular pada awalnya tapi akan pulih kembaloi dan setengah orang mengambil masa sehingga  lebih setahun untuk mengandung setelah berhenti makan.
Memang betul susu akan berkurangan kalau makan pil perancang tapi ada doctor yang menyarankan NORRIDAY  supaya susu tidak kurang.
Break through bleeding tu sebab hormone tidak cukup untuk maintain endometrium yang menyebabkannya pecah dan berdarah sikit-sikit. Saya rasa keadaan ini akan pulih setelah hormone parasnya stabil. Saya tidak pasti prolactin ada secara synthetic. Ada juga kes ibu angkat yang mendapat rawatan untuk mengeluarkan susu.

Question 7:
Boleh ke stop terus sebab baru 6 bulan jer makan? Ke kena makan sampai suatu masa tertentu. Dr di klinik tukar ubat tu selepas 6 bulan. Sebelum ini, Norriday sampai 6 bulan.
Answer:
Boleh aje kalau kita nak berhenti dan tidak perlu makan sampai tempoh tertentu, tiada rule tertentu dan boleh berhenti pada bila-bila masa.

Question 8:
Bagaimana cara penyediaan baby 6 bulan? Macam jus? Buah apa yang sesuai untuk ambil jusnya? Terus blend amik air atau kena kukus dulu blend amik airnya kalau tidak masak dulu buah tu takpe ke tuk amik jusnya?
Answer:
            Ambil jus dan berikan tanpa gula. Iya, berikan fresh

Question 9:
Saya pernah membuat pembedahan kecildi lengan kiri beberapa tahun lepas dan kini beberapa ketulan baru muncul dipaha dan  perut(ketulan lemak ini bersaiz hujung jari telunjuk atau hujung ibu jari tangan). Ianya tidak sakit tetapi ianya menjenkelkan saya. Soalannya apakah ketulan ini berbahaya dan apakah punca ianya terjadi?
Jazakallahu khair.
Answer:
Ketulan lemak ini dinamakan LIPOMA dan tidak merbahaya dan ramai orang yang ada. Ia merupakan sejenis ketumbuhan dan sebab terjadinya saya kurang tahu.

Question 10:
Saya pon ada sebesar penumbuk kat belakang bahu. Nak operate tapi macam yang tuan Bakri kata ia boleh tumbuh di tempat lain pula.tidak dayakan kalau dia tumbuh atas dahi ni.
Answer:
Dr Kamaludin Karmain.
·         Kalau mengganggu masa baring eloklah buang. Hanya guna local anesthesia memang boleh sembang masa buat.

Dr Seiji Seimura.
·         Walaupun lipoma tak tentu lipoma. Saya pernah buat kes buang lipoma. Di sangka lipoma rupa-rupanya kanser.

Question 11:
Doctor
1.    Bagaimana  lipoma ini boleh berlaku?
2.    Adakah disebabkan genetic, faktor usia atau pemakanan.
Answer:
Ketumbuhan berlaku samada lipoma ke atau macam-macam kadang-kadang disebabkan oleh serangan virus atau bahan toksin. Apa-apa bahan yang merosakkan dna boleh menyebabkan ketumbuhan. Sebab dna pasal originalnya boleh limit pertumbuhan. Namun bila dna dia tumbuh tak berhenti.

Question 12:
Adakah tahi lalat yang timbul dan membesar termasuk lipoma?
Answer:
Tahi lalt sudah tidak consider lipoma. Dah mana lain dah. Lipoma ni ketumbuhan dan sel lemak.

Question 13:
Sy berusia 46 tahun berat badan 68kg dan tinggi 162 cm bekerja di pejabat. Masalah saya sekarang nie lutut saya kerap sakit jika banyak berjalan. Contohnya gi shopping ke. Terasa bengkak dan ketat bila nak sujud solat. Apa yang saya buat sekarang ialah mengambil panadol extend dan tuam dengan tuala suam. Dr ini tanda osteoporosis ke? Apakah ubat yang sesuai sy ambil. Terima kasih dr.
Answer:
Itu tanda osteoarthritis atau tulang haus. Lebih baik kurangkan berat badan. Selain panadol pakai voren gel, ketoprofen patch membantu tapi untuk sementara lah. Kalu nak baik jangka panjang. Kurangkan berat badan dan exersice physio.

Question 14:
Apakah antara makanan makanan penggalak kepada pertumbuhan kanser dan membantu bagi pengecutan kanser atau melanbatkan pertumbuhan kanser?
Answer:
Soalan ini lebih tepat dijawab oleh Dr Azlinda. Apapun makanan penuh beroksida serlu banyak dielakkan seperti jajan, makanan dibakar dan bahan-bahan perasa etc. Nak elak kanser amal cara hidup sihat. Banyak vitamin C

Question 15:
As salam Doc....
Ada tak buah-buahan @ pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat-ubatan di kampong saya, orang-orang tua selalu guna air rebusan kulit kayu? Untuk ubat penyakit dalaman. Contoh sakit dada, lepas operate dan sebagainya. Mohon pencerahan.
Answer:
Ubat-ubatan selain perubatan modern janganlah Tanya sini. Kita pun tak tahu apa bahan kimia dalam pokok tu.




No comments:

Post a Comment