Monday 8 June 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 9 April 2015

Q:

Kenapa kos nak buang ketumbuhan melibatkan kos sampai berpuluh2 ribu? Ubat2 atau alatan yg digunakan?  

A: 

Kena bayar kepada kepakaran 

Q:
Betul ke doc gaji pakar bedah ni sejam cecah rm8k utk satu2 projek pembedahan kritikal?

A:
Utk hospital kerjaan tak betul. Gaji tetap sebulan tu la semua nyer..no extra charges. Private no comment

Contoh kos gov & private.... Bersalin biasa (svd) - rm10, c-sec rm100(warganegara) --- gov hosp Bersalin biasa (svd) - rm1800, c-sec rm4000 ---- rate di private hosp (nama dirahsiakan) Sekarang ni kalau dibandingkan service di hospital kerajaan dan swasta sama sahaja hanya kena tunggu giliran lama sikit sebab ramai orang setuju.servis yg sama diberi cuma cost berbeza.tp pendekatan sesetengah GH,sgt bagus terutama ada GH memberi keizinan dan membenar khidmat dari ustaz/ ustaz yg memberi khidmat kaunseling berkaitan agama. sambil ditahan ward dpt ilmu lagi terutama dlm mengingati mati.. Salam.

Q:
Tumpang tny, kalo batuk dh smpai 2 minggu tu sbb apa? Cuaca ke? Atau blh jd petanda kpd penyakit tertentu? 

A:
Boleh cuba lebihkan meminum air dan kurangkan bercakap 

Q:
Doctor Kamaludin Karmain Apa rasional nya kurang bercakap. .? Menggelakkan geseran di kerongkong ke..? 

A:
Bila banyak bercakap kita akan banyak hilang air dan tekak menjadi kering, jadi irritation pada tekak dan lagi nak batuk

Q:
Dr Kamal, batuk ni ada jenisnya ke, sebab kalau pergi klinik Dr tanya , batuk yg mcm mana ada kahak x atau x ada?

A:
Memang ubatnya lain untuk dry cough dan productive cough, yang productive pula kalau kahak warna hijau atau kuning mungkin kita akan consider antibiotik sebab itu menunjukkan jangkitan bacteria.

Q:
dr...adakah mengikat rahim jalan yg terbaik..ada risiko tak...n umur berapa yg sesuai stop melahirkan anak..tq dr.

Adik saya ikat rahim umur 35 ..kelahiran cara pembedahan 6 kali...sbb pinggul kecik dr cakap so kena bedah... risiko bedah byk kali... sya kelahiran noramal 4 kali...umur pun dah 39... terima kasih dr atas nasihat... tahun depan ikat lah...

A:
Cara yang terbaik ialah berbincang dengan suami. Pada saya cara yang terbaik ialah gunakan kalendar, maksudnya bersama pada masa tidak subur. Umur untuk berhenti bersalin pada saya 40 tahun sebab pada umur inilah tenaga kita mula menurun. Bila umur kita hampir 50 kita sudah kurang tegas jadi adalah kurang sesuai untuk ada anak kecil pada waktu ini. Di waktu inilah anak perlu ketegasan kita untuk di didik

Q: Apa kah yang menyebabkan sembelit walaupun sudah minum air agak banyak.. Bagi kanak - kanak pula apa solusinya. .?

A:
Umurnya berapa tahun? Kalau minum susu formula cuba tukar brand dan masukkan lebih sayur dalam dietnya.

Q:

5 tahun... Sayur dia tak makan... susah dah pujuk. . Brand susu dah tukar.. and dari segi bancuhan juga dah tukar.. contoh kalau brand tu cakap kena 6 sudu air 180 saya dah kurangkan 3 sudu untuk air 180.

A:
Susu tak perlu di cairkan, pujuk makan buah buahan sebagai ganti. Perut juga kena perhatikan semakin membesar atau tidak, kalau membesar kena bawa ke hospital takut ada kondisi yang dipanggil megacolon.

Q:
Sblm pencen tentera saya buat medical check up... Mata ok je, skrg dah nmpak kabur, ingat rabun.. Nak buat spek.. Tak rabun lak. Kenapa ya.

A:

Q:
Bismillah.. Doc.. anak sy autism.. ada sikit hyper.. usia 14 thn.. boleh ker saya bagi dia ubah minda.. utk tumpuan dia belajar? Dlu mkn examo.. kurangla hyper.. skrg dia dh bijak memilih.. dia dh mula mengaji.. alhamduillah.. tumpuan hanya 3 - 5 min saja. Sy ajar sendiri dirumah.

A:
Q:Patient yg mengalami amblyopia bole buat rwatan lasik tak?

A:
Q:
Assalamu'alaikum Doc Mata saya rasa berpasir dan kelabu sebelah kiri berbanding sebelah kanan. Jika drive motosikal jauh-jauh, mata kiri berair. Adakah mata kiri saya itu bermasalah? Jika bermasalah, apakah rawatannya?

Soalan dr Dr  Seiji

Bawa motor ada pakai front mirror tak? Simptom lain seperti sakit mata, tak boleh tgk cahaya?  

A:
Ada dua kemungkinan...sama ada benda asing kat mata atau mata kering...susah nak cko tanpa melihat mata. Cuba try eyemo...selepas naiki motor? Saya rasa ada benda asing....mungkin ada masa bawa motor ada benda asing masuk mata....tp sukar saya nak buat conclusiom tepat tanpa pemeriksaan mata Kena buat pemeriksaan dan pastikan tiada masalah, ada juga keadaan seperti kerana mata tidak cukup moist.




Himpunan QnA

  Diskusi bersama Dr Nor Azimi.


Assalamualaikum Dr Nor Azimi.. Dr Nor Azimi, sekiranya patient mempunyai penyakit kritikal dan perlu pembedahan dan rawatan secepat mungkin,adakah pihak hospital mempunyai dana atau peruntukkan bagi membantu patient terutama yg kurang berkemampuan? Adakah pihak hospital menyediakan khidmat sosial bagi membantu pesakit yg bermasalah kewangan? Jika ada,bentuk bantuan atau dana macamanakah yg disediakan?

 Sebenarnya dalam banyak keadaan pesakit kritikal kita utamakan dulu. Bayaran boleh diuruskan kemudian. Nyawa pesakit diutamakan. Di hospital kerajaan kita ada dana tertentu untuk bantu pesakit seperti Tabung Perubatan Kronik dan lain-lain.  Di Terengganu khususnya kita ada Dana Khas Kerajaan Terengganu bagi tujuan membantu pesakit yang tidak berkemampuan.  Dalam banyak keadaan kita kecualikan bayaran tertentu untuk pesakit kurang mampu. Di setiap hospital kerajaan ada Jabatan Kerja Sosial Perubatan yang menguruskan hal2 kebajikan pesakit sebegini. Mereka juga berhubung rapat dengan Jabtan Kebajikan Masyarakat bagi membantu pesakit. Bantuan boleh berupa bantuan alat perubatan mahupun ubat - ubatan. Ada juga dalam bentuk wang tambang ddan lain-lain. Kenapa masa untuk berjumpa dengan pakar atau doktor perubatan di klinik pakar mengambil masa yang lama untuk sebuah temujanji? Waktu menunggu temujanji lama sebab ramai pesakit. Cuba bayangkan 300 org pesakit sehari yang perlu dilihat oleh cuma 6 org doktor.

 

🅱1⃣Kenapa kos nak buang ketumbuhan melibatkan kos sampai berpuluh2 ribu? Ubat2 atau alatan yg digunakan? Kena bayar kepada kepakaran 🅱2⃣Betul ke doc gaji pakar bedah ni sejam cecah rm8k utk satu2 projek pembedahan kritikal? Utk hospital kerjaan tak betul. Gaji tetap sebulan tu la semua nyer..no extra charges. Private no comment terima kasih atas penerangannya Dr Nor Azimi 👍👍 jzkk doc nor.. Contoh kos gov & private.... Bersalin biasa (svd) - rm10, c-sec rm100(warganegara) --- gov hosp Bersalin biasa (svd) - rm1800, c-sec rm4000 ---- rate di private hosp (nama dirahsiakan) Sekarang ni kalau dibandingkan service di hospital kerajaan dan swasta sama sahaja hanya kena tunggu giliran lama sikit sebab ramai orang setuju.servis yg sama diberi cuma cost berbeza.tp pendekatan sesetengah GH,sgt bagus terutama ada GH memberi keizinan dan membenar khidmat dari ustaz/ ustaz yg memberi khidmat kaunseling berkaitan agama. sambil ditahan ward dpt ilmu lagi terutama dlm mengingati mati.. Salam. Tumpang tny, kalo batuk dh smpai 2 minggu tu sbb apa? Cuaca ke? Atau blh jd petanda kpd penyakit tertentu? Ini pengalaman saya di luar negara di mana semua perkhidmatan berbayar dgn kadar yg tinggi. Level of service and efficiency jauh lebih rendah berbanding dgn hospital kerajaan di Malaysia. Statement ini tak merangkumi NHS di UK Boleh cuba lebihkan meminum air dan kurangkan bercakap Doctor Kamaludin Karmain Apa rasional nya kurang bercakap. .? Menggelakkan geseran di kerongkong ke..? Bila banyak bercakap kita akan banyak hilang air dan tekak menjadi kering, jadi irritation pada tekak dan lagi nak batuk Dr Kamal, batuk ni ada jenisnya ke, sebab kalau pergi klinik Dr tanya , batuk yg mcm mana ada kahak x atau x ada Memang ubatnya lain untuk dry cough dan productive cough, yang productive pula kalau kahak warna hijau atau kuning mungkin kita akan consider antibiotik sebab itu menunjukkan jangkitan bacteria Dr, 2 jenis batuk tu... Penyebabnya apa Dr, sama ke 🆕6⃣dr...adakah mengikat rahim jalan yg terbaik..ada risiko tak...n umur berapa yg sesuai stop melahirkan anak..tq dr 🆕6⃣Dr sharul cerita la pengalaman n perasaan sambut anak sendiri? Cara yang terbaik ialah berbincang dengan suami. Pada saya cara yang terbaik ialah gunakan kalendar, maksudnya bersama pada masa tidak subur. Umur untuk berhenti bersalin pada saya 40 tahun sebab pada umur inilah tenaga kita mula menurun. Bila umur kita hampir 50 kita sudah kurang tegas jadi adalah kurang sesuai untuk ada anak kecil pada waktu ini. Di waktu inilah anak perlu ketegasan kita untuk di didik adik saya ikat rahim umur 35 ..kelahiran cara pembedahan 6 kali...sbb pinggul kecik dr cakap so kena bedah... risiko bedah byk kali... sya kelahiran noramal 4 kali...umur pun dah 39... terima kasih dr atas nasihat... tahun depan ikat lah...👍 Kena tanya suami dulu ye puan 🆕0⃣7⃣ Apa kah yang menyebabkan sembelit walaupun sudah minum air agak banyak.. Bagi kanak - kanak pula apa solusinya. .? Umurnya berapa tahun? Kalau minum susu formula cuba tukar brand dan masukkan lebih sayur dalam dietnya 5 tahun... Sayur dia tak makan... susah dah pujuk. . Brand susu dah tukar.. and dari segi bancuhan juga dah tukar.. contoh kalau brand tu cakap kena 6 sudu air 180 saya dah kurangkan 3 sudu untuk air 180. Susu tak perlu di cairkan, pujuk makan buah buahan sebagai ganti. Perut juga kena perhatikan semakin membesar atau tidak, kalau membesar kena bawa ke hospital takut ada kondisi yang dipanggil megacolon It's normal Dr Seiji. Memang Allah buat lelaki mcm tu & syaitan hiaskan lg bg cantik & menarik. Itulah peperangan kita dgn syaitan. It's easier said than done tapi kena berjuang....InsyaAllah kalau bersungguh2, Allah bg kekuatan. Ada sorang kawan husband saya yg juga Heart Surgeon, dia memang orang baik. Seorang patient dia, (perempuan muda) dtg follow up lps heart operation. Masa di klinik, patient tu nak buka baju nak tunjuk parut kat dada, nak tanya sesuatu pd doctor mengenai parut tu. Doctor tu kata, sambil mengalihkan mukanya, "Tutup! Tutup! Saya tak mau tengok!" Patient tu terkejut, heran & cakap, "Kan doctor dah tengok semua!". Kami dengar cerita tu tergelak besar tapi tabik kat doctor tu. Cuma, memanglah kadang2 kena tengok juga sbb mungkin parut tu ada masalah 😆 🆕8⃣ Mohd Sazali Tajuk soalan - Pembedahan mata.... lasik? Lastik? Plastik? ala yg nak baiki rabun tu..... Selain klinik Dr. Muhaya, ada klinik lain ka? 🆕9⃣ Sblm pencen tentera saya buat medical check up... Mata ok je, skrg dah nmpak kabur, ingat rabun.. Nak buat spek.. Tak rabun lak. Kenapa ya. Bismillah.. Doc.. anak sy autism.. ada sikit hyper.. usia 14 thn.. boleh ker saya bagi dia ubah minda.. utk tumpuan dia belajar? Dlu mkn examo.. kurangla hyper.. skrg dia dh bijak memilih.. dia dh mula mengaji.. alhamduillah.. tumpuan hanya 3 - 5 min saja. Sy ajar sendiri dirumah. 🆕🔟 Patient yg mengalami amblyopia bole buat rwatan lasik tak? New 11 - Assalamu'alaikum Doc Mata saya rasa berpasir dan kelabu sebelah kiri berbanding sebelah kanan. Jika drive motosikal jauh-jauh, mata kiri berair. Adakah mata kiri saya itu bermasalah? Jika bermasalah, apakah rawatannya? Bawa motor ada pakai front mirror tak? Simptom lain seperti sakit mata, tak boleh tgk cahaya? Saya pakai cermin mata dan front mirror Ada dua kemungkinan...sama ada benda asing kat mata atau mata kering...susah nak cko tanpa melihat mata. Cuba try eyemo...selepas naiki motor? Saya rasa ada benda asing....mungkin ada masa bawa motor ada benda asing masuk mata....tp sukar saya nak buat conclusiom tepat tanpa pemeriksaan mata Kena buat pemeriksaan dan pastikan tiada masalah, ada juga keadaan seperti kerana mata tidak cukup moist

Thursday 4 June 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 6 April 2015

Q:
Assalamualaikum Dr, 

Kenapa pengambilan ubat seperti prednisolone tu perlu dihentikan secara berkala. Kalau sesetengah ubat lain boleh saja stop macam itu sahaja.

A:
Takut withdrawal. akan ada side effect bila berhenti secara mendadak.

Q:
Betul ke kenyataan dalam Sinar  tu pasal ubat gigi dan kicap tidak boleh sapu pada kulit yang melecur?

A: Ya benar. yang Dr sapu itu namanya SSD cream, rupanya macam ubat gigi tapi berbeza.

Q:
Adakah termasuk tugas nurse untuk basuh berak pesakit di hospital?

A:
Tidak,  bukan tugas staff nurse, jm @ ma. Bahkan ianya tugas dan tanggungjawab waris atau penjaga. KKMdah lama keluarkan press statement berkaitan dengan isu ini. 

Q:
Apa side effect yang akan timbul jika kita hentikan predsalone secara mendadak?

A:
Akan rasa letih yang amat sangat , lemah dan lesu, sakit badan dan sendi. Pada keadaan teruk boleh collapse disebabkan tekanan darah dan juga gula rendah.

Q:
Assalamualaikum..

ada satu persoalan ubat cloderm oitment untuk apa ya? 

A:
Colderm oitment merupakan sejenis steroid yang poten dan digunakan samada eczema atau dermatitis yang tiasa infeksi secondary.

Q:
Doktor , Apakah eczema ada kaitan dengan asma?

A:
Eczema ada kaitan dengan asthma dan rhinitis.

Q:
Doktor, jika berlaku (eczema ) begini apakah langkah-langkah yang paling digalakkan untuk mencegah dari terus merebak?

A:
Kena bubuh ubat dan kenalpasti dia alah pada apa dan elak kalau boleh. 

Q:
Doktor, eczema dan psorisis beza ke?

A:
Eczema dan psorisis  memang berbeza, eczema sebab alahan , psorisis disebabkan pertumbuhan sel kulit yang sangat cepat sehingga lapisan sebelah atas tidak sempat matang sempurna. 

Q:
Boleh doktor senaraikan  serba ringkas contoh ubat yang doktor sarankan untuk eczema ini?

A:

Maaf tidak boleh. Perlu pengawasan doktor sebab banyak menggunakan steroid. 

Q:
Apa maksud rhinitis?

A:
Rhinitis penyakit selsema  tapi tidak demam dan pada waktu yang sama hidung gatal. 

Q:
Dr, eczema dan asthma boleh dapat through genetic kah? Dalam erti kata lain, boleh diwarisi?

A:

Ya ia boleh diwarisi.

Q:
Means, setiap generasi akan ada la, every time. There's no way to prevent it? Or cure from it?

A:
Mungkin ada skip generation tapi biasanya ada keturunan yang dapat salah satu conditions ini. Untuk prevent setakat ini yang diketahui kini tiada. 

 

Nota Dr Nor Azimi Yunus

KKM dah laksanakan  perkhidmatan mengurut di hospital kerajaan. Unitnya adalah Tradition n complementary Medicine. Misalnya, di HSNZ sendiri, perkhidmatan  yang ditawarkan meliputi urut badan lelaki dan perempuan. Urut selepas bersalin dan akupuntur. Sesetengah hospital menawarkan ayuevedik. Pesakit yang mendapat rawatan disini pesakit yang dirujuk oleh pakar klinikal bukan secara walk in. Selalunya pesakit-pesakit migrine dan stroke sering mendapatkan rawatan di sini. 

Walaubagaimana pun, perkhidmatan ini bukan ada di setiap hospital. Selalunya ditawarkan di hospital negeri saja. Caj ikut jabatan merujuk. Tiada double charge. Mereka yang dirujuk telah dinilai terlebih dahulu oleh pakar yang merawat. Bukan semua kes sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan mengurut ini. Tukang urut adalah yang berdaftar melalui persatuan yang diiktiraf oleh KKM. Begitu juga dengan akupunture. Rawatan hanya complement tanpa meninggalkan perawatan moden yang sedang dilalui.Setakat ini tiada kecuaian sebab melibatkan kes-kes yang stabil.

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 5 April 2015

Q:
Adakah benar fridge magnet di peti sejuk memudaraktan kesihatan?

A: Maaf saya tidak tahu tiada documentated case penyakit yang disebabkan benda tu.
 

Q:

KKM tiada perancangan ke nak adakan khidmat mengurut di hospital?

A:
Rasanya ada di hospital putrajaya. Ada beberapa hospital yang menawarkan rawatan alternatif.

Q:
Salam tumpang tanya, 

1. Apa punca orang-orang tua sakit urat bila naklipat kaki masa solat? Tidak boleh nak duduk antara dua sujuddan tahiyyat akhir.

2. Macamana nak elak perkara ini berlaku bila tua?

3. Boleh ubati ke sakit ini bagi orang tua?

A:

Dr Kamaludin

Sendi sendi menjadi sensitif sebab osteoartritis, mungkin Dr Aslinda bole beri tips untuk meningkatkan sendi dan pemakanan yang boleh bantu kita untuk mengelakkan perkara itu berlaku.

Dr Seiji.

Orang-orang tua ini, banyak urat dah tidak betul  ada yang bersimpul maklumlah umpama engsel besi bila selalu guna ia berkarat begitu juga dengan orang tua. Banyak tisu dah kurang fungsinya, Berurutlah.Insha Allah, boleh bantu kurangkan sakit. Bagaimana hendak elak? Kena amalkan cara hidup yang sihat' postur yang betul selalu amalkan tone exersice.


Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 4 April 2015

 

Q1:

Apa itu traction?

A:

Dr Seiji

Bila tulang patah ia tulang terbelah itu akan ditarik oleh otot-otot. Untuk sambungkan tulang, tulang itu perlu disambungkan hujung bertemu dengan  hujung. Bila traction dilakukan , kita tarik tulang itu sekuat-kuat  hati dalam keadaan bius supaya  kedua-dua tulang itu berjarak kemudian bercantum semula kemudian kita simen supaya tulang patah itu tidak lari. Traction kata istilah simple.TARIK. Tujuan untuk mengurangkan sakit, pendarahan berhenti dan untuk memudahkan operation. 

Dr Kamaludin.

Traction ialah proses di mana dua bahagian di badan ditarik pada arah bertentangan biasa dilakukan pada sakit pinggang  bila terdapat compression pada saraf. Tujuannya ialah untuk meregangkan tulang belakang dan melepaskan compression pada saraf. 

Q2:

Apa kesan kalau terlalu banyak minum kaffein?

A:

Dr Kamaludin

Caffeine ialah sejenisstimulant yang boleh menyebabkan susah untuk tidur dan restless. Ia juga boleh meransang terjadinya gastritis dan ulcer perut. 

Dr Seiji

Nak berhenti caffeine pun kena slowdown kalau tidak akan extreme kepenatan. 

Q3:

Dr, saya ada darah tinggi  dan sudah ambil ubat dalam 2 tahun. Saya dinasihatkan  untuk bersenam, saya sudah bersenam hampir setahun. Alhamdulilah  darah tinggi saya dapat dikawal . Bolehkah, saya tinggalkan ubat dan terus bersenam?

A:
Kalau tekanan darah dah betul betul normal contohnya 120/70 boleh saja cuba berhenti dengan pengawasan doktor dan berhenti dengan cara gradual yang dirancang oleh doktor. Jangan berhenti dengan cara abrupt sangat merbahaya mungkin boleh dapat rebound hypertension dan stroke. Boleh bincang dengan doktor yang merawat untuk berhenti makan ubat.  yang atas mesti tidak melebihi dari 130.

Q:
Anak berumur 8 tahun. perempuan. Selalu gatal kepala. Saya  periksa tiada kutu atau kelemumur. Kesian sangat bila gatal. Dia syampu rambut. 

A:

Cuba tukar pada  syampu selsun  sekali seminggu. Sebenarnya syampu ini mengandungi anti fungal. Sekali semiggu sahaja. Syampuu selsun ini sesuai untuk kelemumur juga. Kalau dah cuba syampu lain dan tidak berjaya bole cuba syampu ini tapi tidak boleh pakai hari hari. Paling kerap pun dua kali seminggu.

Q: 

Salam Tumpang tanya, betul ke ada orang kata kerap minum teh o ais penyebab kepada rosak buah pinggang?

A:

Ada disebut sumber dari journal new england medicine tentang pengambilan oksalatyang berlebihan. Secara general, pengambilan  minumam bergula yang berlebihan yang boleh menyebabkan kencing manis dan beri kesan pada fungsi buah pinggang. 

Q:
Saya terfikir sekiranya fastfood ini berbahaya diambil selama 3hari berturut-turut dalam sebulan kenapa kerajaan tidak ketatkan iklan mengenai bahaya nya makanan segera ini?  Pada saya 3kali makan dalam sebulan sudah cukup membayahakan kesihatan dalam jangka masa panjang. 

A:

Makanan segera atau fastfood  memang tidak elok diambil walaupun sekali sebulan. Terlalu banyak garam, gula dan bahan pengawet walaupun dibenarkan. Masih banyak akta yang tidak dikuatkuasakan terutamanya akta makanan.

#rokok dan produk supplemen pun dibawah akta makanan. 

Ianya lebih kepada pengambilan berlebihan dengan keperluan badan kita. Contoh mudahnya disarankan 1 gelas air panas guna 1 sudu kecil gula sahaja. Tapi 1 tin air tin ada 6 sudu besar gula. Selalunya 1 jug air ( 8-10 gelas air) memerlukan 4-5 sudu gula sahaja.  Nampak tak banyak sangat kita dah ambil gula hanya dengan 1 tin air bergas. 

Q:

Ingin mengetahui berkenaan penyakit allergic stomatitis dan allergic dermatitis. Kawan ada menghidapi penyakit ini, sebelum ini kena allergic dermatitis di muka kemudian ok dah dan sekarang ini allergic stomatitis di bibir dan mulut. Bibir selalu kering dan ada rasa pedih sikit bila gosok gigi . Bagaimana nak cure penyakit ini dan prevent ?

A:

Kedua ini adalah penyakit yang sama hanya berlaku ditempat yang berbeza. Untuk cure setakat ini belum diketahui kecuali kalau kita tahu kita alah dengan apa, kita hindari insha Allah lesion itu tidak akan menjadi. 

Q:

Doktor, kenapa selepas 5minit minum minuman oren , saya sering mengalami pedih di ulu hati? untuk makluman saya ada gastrik dan makan malam saya pada pukul 6 petang. Terima kasih doktor.

A:

Sakit di ulu hati tanda penyakit gastritis , gerd atau ulcer perut tidak kiralah makan atau minum apa. Kemungkinan satu lagi kemungkinan ialah batu di hempedu. 

Q:

Maknanya saya tidak boleh minum minuman oren? Boleh Dr terangkan persamaan atau perbezaan antara batu hempedu antara batuhempedu atau gastrik?

A:
Batu hempedu biasa akan sakit di ulu hati selepas makan terutamnya makanan berlemak. Makanan berlemak akan merangsang pundi hempedu untuk contract untuk release cecair hempedu bagi membantu penghadaman lemak dan jika terdapat batu di salur hempedu ini akan mnyebabkan sakit. 

Gastritis pula sakit disebabkan direct contact dengan tempat yang mengalami radangan.

Pada kedua dua keadaan ini sakit di ulu hati boleh disebabkan oleh keadaan kembung yang terjadi disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini. 

Q:

Doktor, kawan saya mengadu yang BP dia 116/71 Adakah itu normal? Dia cakap kadang-kadang rasa nak pitam.

A:
Iya, tekanan darah itu normal.

Q:
Berapa tekanan dikatakan tidak normal doktor? Maksud saya yang paling asas? 

A:
Yang atas itu melebihi 140 dan yang bawah 90 dan lebih.


Friday 8 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 3 April 2015


Q:

Isteri saya mengalami resdung yang agak teruk sejak remaja. Sudah mencuba pelbagai kaedah alternatif  namun tidak banyak perubahan. Apakah nasihat doktor berkenaan masalah ini? Beliau  serng mengalami sakit kepala yang berterusan  dan kadang-kadang visionnya akan menjadi  goyang pada sebelah matanya.

A:
Susah untuk saya memberikan cadangan kerana bila orang Melayu mengatakan resdung saya tidak pasti samada itu rhinitis atau sinusitis. Bolehlah cuba dengan menyebut sedikit air ke dalam hidung setiap kali berwudhuk dan pada waktu  sama pergi ke hospital minta rujuk kepada ENT.

Q:
Kenapa bilik OT sejuk sangat? Apakah rasionalnya?

A:
1. Untuk keselesaan staff yang pakai berlapis-lapis 

2. Suhu yang membantut atau melambatkan bacteria untuk multiply,

3. Mengurangkan kelembapan ruang.

4. Kurangkan jangkitan

5. Kurangkan pendarahan, ventilation dan keselesaan

Suhu OT biasanya 18 hingga 10 deg C.

Perkongsian dr DR ADLI KHALIM.

Umumnya sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

1. SEBELUM MAKAN>

- mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil.

- menigkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong.

-Contohnya, suntikan insulin, actrapid, iron tablet.

2. SELEPAS MAKAN.

-Ubat yang tidak boleh diambil /sewaktu kosong 

-mengelakkan iritasi perut.

-Contohnya: Mefenamic Acid, Ranitidine.

3. SEBELUM / SELEPAS MAKAN.

-Untuk ubat yang tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong.

-Contohnya: Paracetamol, Chorpheniramine

4. BERSAMA MAKANAN .

-Untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif .

-Contohnya: Acarbose, Calcium Carbonate.

5. WAKTU PAGI SAHAJA.

-Contohnya : Frusemide yang boelh menyebabkan kerap membuang air kencing, boleh mengganggu tidur pesakit. 

6. WAKTU MALAM SAHAJA.

Contohnya: Simvastatin yang mempunyai kesan optimum jika diambil pada waktu tidur

(memandangkan sintesis kolestrol meningkat waktu malam)

7. HANYA  PERLU SAHAJA.

-Hanya perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja,

-Contoh: Paracetamol, Mefenamic Asid dan  Salbutamol. 

Q:

Ada apa-apa kesan  kalau tertela chewing gum?

A:
Insha Allah tidak dan akan dibuang keluar bila buang air besar. Sebab chewing gum tidak boleh dihadamkan. 

Q:

Apa perbezaan florida dengan xylitol?

A:
Florida merupakan bahan dari inogarnic anion fluorine yang membawa simbol F. Bila bergabung dengan cation akan membentuk garam fluoride contohnya sodium flouride. Xylitol merupakan extract dari tumbuh-tumbuhan. Fungsinya sama iaitu mencegah gigi berlubang.