Friday 8 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 3 April 2015


Q:

Isteri saya mengalami resdung yang agak teruk sejak remaja. Sudah mencuba pelbagai kaedah alternatif  namun tidak banyak perubahan. Apakah nasihat doktor berkenaan masalah ini? Beliau  serng mengalami sakit kepala yang berterusan  dan kadang-kadang visionnya akan menjadi  goyang pada sebelah matanya.

A:
Susah untuk saya memberikan cadangan kerana bila orang Melayu mengatakan resdung saya tidak pasti samada itu rhinitis atau sinusitis. Bolehlah cuba dengan menyebut sedikit air ke dalam hidung setiap kali berwudhuk dan pada waktu  sama pergi ke hospital minta rujuk kepada ENT.

Q:
Kenapa bilik OT sejuk sangat? Apakah rasionalnya?

A:
1. Untuk keselesaan staff yang pakai berlapis-lapis 

2. Suhu yang membantut atau melambatkan bacteria untuk multiply,

3. Mengurangkan kelembapan ruang.

4. Kurangkan jangkitan

5. Kurangkan pendarahan, ventilation dan keselesaan

Suhu OT biasanya 18 hingga 10 deg C.

Perkongsian dr DR ADLI KHALIM.

Umumnya sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

1. SEBELUM MAKAN>

- mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil.

- menigkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong.

-Contohnya, suntikan insulin, actrapid, iron tablet.

2. SELEPAS MAKAN.

-Ubat yang tidak boleh diambil /sewaktu kosong 

-mengelakkan iritasi perut.

-Contohnya: Mefenamic Acid, Ranitidine.

3. SEBELUM / SELEPAS MAKAN.

-Untuk ubat yang tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong.

-Contohnya: Paracetamol, Chorpheniramine

4. BERSAMA MAKANAN .

-Untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif .

-Contohnya: Acarbose, Calcium Carbonate.

5. WAKTU PAGI SAHAJA.

-Contohnya : Frusemide yang boelh menyebabkan kerap membuang air kencing, boleh mengganggu tidur pesakit. 

6. WAKTU MALAM SAHAJA.

Contohnya: Simvastatin yang mempunyai kesan optimum jika diambil pada waktu tidur

(memandangkan sintesis kolestrol meningkat waktu malam)

7. HANYA  PERLU SAHAJA.

-Hanya perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja,

-Contoh: Paracetamol, Mefenamic Asid dan  Salbutamol. 

Q:

Ada apa-apa kesan  kalau tertela chewing gum?

A:
Insha Allah tidak dan akan dibuang keluar bila buang air besar. Sebab chewing gum tidak boleh dihadamkan. 

Q:

Apa perbezaan florida dengan xylitol?

A:
Florida merupakan bahan dari inogarnic anion fluorine yang membawa simbol F. Bila bergabung dengan cation akan membentuk garam fluoride contohnya sodium flouride. Xylitol merupakan extract dari tumbuh-tumbuhan. Fungsinya sama iaitu mencegah gigi berlubang.

 


No comments:

Post a Comment