Friday 8 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 2 April 2015

Q:
Assalamualaikum para Doktor, 

Sy nak tahu apakah kesan jangka panjang bagi pesakit diabetes yang makan pil dan kesan ambil insulin. Adakah mengambil ubat pil dalam jangka masa panjang menyebabkan kegagalan buah pinggang, Terima kasih doktor. 

A:
Penyakit kencing manis sebenarnya yang merosakkan buah pinggang jika tidak dikawal pada jangka masa panjang dan bukannya ubat.Selain itu kencing manis juga merosakkan sistem deria , salur darah dan mengganggu metabolisme lemak. tidak perlu makan ubat kalau kita bole kawal paras gula dalam darah. 

Q:
Once we use insulin, memang sepanjang hayat akan kita depend on it?
Effect dia?

A:
Ada juga orang yang berhenti menggunakan insulinsetelah beberapa lama dan paras gulanya normal tapi sebabnya kita belum faham lagi.

Q:
As salam doktor, kenapa bekas operation saya di perut parutnya masih muda  dan kadangkala berdarah juga. Saya buat pembedahan ketika 2006.

A:

Kena jumpa balik doktor. Salah satu kemungkinan eczema terbentuk di parut tersebut dan menjadikannya senang berdarah.

Q:
Saya nak tanya kalau nak buat pembedahan minor  boleh tak minta dirakamkan. Kalau tak silap saya pernah nampak kamera didewan bedah. Rakam guna handfon ke, just untuk simpanan pesakit kenang - kenangan aje.

A:
Tak boleh, ianya confidential kalau tergambar tempat yang tidak sepatutnya dan tersebar boleh bankrap doktor.

Q:
OIC, kalau tempat yang dibedah tu belakang bahu? Sekalipun atas request pesakit  pon tak boleh ya doktor? Ke nak isi apa-apa borang permission?

A:
Tak pasti tapi memang sangat risky  bagi doktor boleh dijadikan untuk go against the doktor. 

Q:
Pernah sekali semasa operation saya terasa amat sakit, seolah - olah  batu menghempap diri saya  dan saya terpaksa memegang pembantu doktor sewaktu dibedah bius separuh, Adakah itu disebabkan ubat bius kurang berkesan?

A:
Biasanya bius separuh badan, pinggang, dan ke bawah kecuali ada indikasi untuk guna anaesthesia. 

Q:
Adakah ubat bius sedikit sebanyak memberi kesan kepada ingatan sebab sekarang  saya banyak lupa selain faktor usia.

A:
Bius memang tiada effect pada memori walaupun bius penuh memang fungsinya menghilangkan memori ketika operation. 

Q:
Kalau kita muntah lepas operation apa sebabnya?

Alah pada ubat bius ke? Dua kali operation saya muntah,  1 masa operate bersalin, kedua lepas operation cervical mouth muntah banyak sampai tekanan darah naik mendadak.

Q:
Bius ni complicated sikit pasal dia bidang specialize. Ramai doktor lebih tua dari saya tidak pernah buat posting bius.Walaupun saya ada buat tapi tak pernah mendalami benda tu. 

Biasanya muntah masa operation disebabkan kurang preparation dan mungkin perut masih ada makanan. 

Q:
Apakah yang menyebabkan urat lutut boleh putus? Adakah mesti dirawat dengan operation atau cukup mengambil ubat sahaja? Apakah kesan urat lutut yang putus terhadap pergerakan kaki?

A:
Saya ingin tahu  apa yang dimaksidkan dengan urat adakah ia ligamen, saraf,tendon atau salur darah. Kalau yang dimaksudkan ligamen yang putus memang kena buat operation, ubat tidak menyembuhkannya. Kalau tidak di operate lutut akan menjadi tidak stabil yang mnyukarkan untuk berjalan sebab putus biasanya sukan dan kurang membuat stretching. Kena tidur cukup dan rehat. Jangan makan terlalu banyak.

Q: 

Ada tak cara untuk hilangkan berdengkur? Sebenarnya apa yang menyebabkan kita berdengkur? Tua?Gemuk?  Atau penyakit seperti resdung kah?

A:
Tidur mengiring bila kita tidur mengiring lidah akan ke depan jadi salur pernafasan tidak tertutup.Kalau tidur terlentang  lidah akan jatuh ke tekak dan  ini akan menyempitkan salur pernafasan yang menyebabkan bunyi dengkur. 

Q:
Assalamualaikum...

Ada saudara saya mengalami keadaan mengantuk yang agak kritikal kadang-kadang ketika memandu, atau sedang berbual boleh  terlelap.Keadaan ini merbahaya, boleh doktor memberikan cadangan  untuk dia tidak mengantuk ada rawatan atau remedy dan boleh doktor pakar mana yang perlu dia jumpa? terima kasih Doktor. Under weight, 40 kg, umur 52 or 53.

A:
DR KAMALUDIN
Kena perhatikan dia  samada dia kurang tidur  disebabkan main game atau telefon hingga pagi. Ramai student U tertidur dalam kelas sebab ini. Kalau malam dia tidur dan masih nak tidur bawa jumpa neurologist. 

DR SEIJI 

Nik Rasidah, dia memang banyak tidur siang.. kalau malam pun tak cukup tidur dan kuat berdengkur ke? Tengok TV tertidur duduk sorang tertidur...etc..Interesting. Tu kena jumpa dr pakar tidur. Saya sangkakan dia gemuk. Orang gemuk  selalu macam itu bila tidur lemak dileher dia akan menutup pernafasan. Tapi underweight  pun boleh menyebabkan sepat penat. Cuma tertidur ini memang kerana rasa lemah badan atau tup..tup.. tertidur.

Dia panggil sleep medicine anyway masalah ent pun  boleh juga.Anything yang mengganggu pelancaran pernafasan semasa tidur boleh mengganggu tidur. Malah masalah berkaitan kesihatan otak pon boleh mengganggu. Namanya sleep medicine.


Q:
Assalamulaikum Doktor,

1.Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengawal stress:
2. Kesan buruk stress.

A: 

Memahami ketentuan Allah  dan sentiasa berlapang dada.

Kesan buruk banyak, pada jantung, muka, perhubungan  semua dalam kehidupan kita ini akan terganggu.


No comments:

Post a Comment