Friday 1 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR



SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 1 MEI 2015

Q:

Salam doc sekalian. apakah boleh kita jadikan air kencing sebagai pengukur kepada kesihatan ginjal  atau kadar gula dan garam atau apa apa lagi yang berkaitan? Syukran.

A:

Dr Seri Buana Zainudin,

Ujian kencing boleh menjadi indikator  pada kesihatan ginjal. Contohnya, kandungan microbumin dan protein yang tinggi mungkin menandakan penyakit ginjal atau nephrotic syndrome. Specific graviti 1.010 atau kurang menandakan ginjal gagal berfungsi. Kehadiran bahan seperti kelompok sel-sel tertentu boleh menandakan penyakit-penyakit khusus. Sel-sel darah merah mungkin menjadi tanda pada penyakit batu karang, jangkitan kuman,tuberkulosis, prostat atau kanser sistem ginjal , ureter, pundi kencing,  dan saluran kencing. Juga penyakit ginjal glomerulonephrosis. PH yang rendah kurang dari 7.4 menjadi risiko penyakit batu karang atau infeksi kencing.

 Banyak juga penyakit lain yang boleh dikesan dalam air kencing.Sel darah putih mungkin menandakan ada jangkitan kencing begitu juga nitrite. Kandungan gula menandakan kencing manis. Kehadiran Ketone menandakan dehidrasi atau emergency kencing manis yang terlalu tinggi dan darah berasid atau DKA. Biasanya kandungan ketone yang tinggi digunakan sebagai indikator  untuk memberikan infusi intravena pada ibu mengandung yang mengalami alahan muntah yang teruk. Kandungan bilirubin  dan urobinogen pula menandakan gangguan kesihatan hati. SG 1000 menandakan ianya bukan air kencing , pesakit mungkin ambil air paip. 

Ujian air kencing  adalah yang paling murah dan paling banyak maklumat kesihatan yang diperolehi. Ada strip urine test dijual difarmasi. Boleh digunakan untuk test mengandung atau menopos juga untuk kandungan dadah. Minum air yang berlebihan tidak merosakkan ginjal. Minum air yang tercemar dengan bahan kimiaboleh merosakkan ginjal. Bila ginjal rosak tak boleh minum air berlebihan. 

Rosak buah pinggang adalah salah satu punca badan sembab. Memakan makanan yang tinggi asid urik boleh menyumbang kepada kerosakan ginjal contohnya makanan laut bercengkerang, kekacang, organ dalaman seperti hati, limpa, paru-paru. Punca utama kerosakan ginjal adalah kencing manis diikuti dengan darah tinggi, glomerulonephrosis, nephrotic syndrome,SLE dan batu karang. 

Lain-lain punca ialah ubatan moden dan tradisional tertentu. Kebersihan air minuman juga sangat  penting. Painkiller termasuk paracetamol jika tiada kawalan boleh merosakkan ginjal. Ubat tradisional yang mengandungi plumbum  atau raksa boleh merosakkan ginjal. Berapa lama ubatan moden atau tradisional bertindakbalas terhadap organ bergantung pada tahap kesihatan ginjal seseorang. 

Kita diberi dua ginjal, yang satu perlu dan satu lagi spare. Kita boleh rosak 50% ginjal tanpa ada apa-apa tanda. Ubat kencing manis berlebihan sampai jadi hypo boleh merosakkan ginjal dengan cepat. Membiarkan diabetes tak terkawal merosakkan ginjal secara perlahan-lahan. Kesimpulannya bila merawt diabetes kena set target jangan kurang dari 5 dan jangan lebih 10. Bila ginjal mulai rosak ubat diabetes mestilah dikurangkan. Tanda-tanda awal ialah muka muka pucat kuning , sembab dan rasa loya. Kerosakan ginjal ada 5 tahap. Tahap 5 kena dialisis. Warfarin diambil kerana ada keperluan yang kritikal. Ianya seperti racun tikus. Jika diambil  berlebihan kita akan mati. tapi jangan risau dos yang digunakan tersangat kecil dan tidak membahayakan buah pinggang. Yang penting ikut nasihat doktor yang merawat. Macam naik kapal terbang memang bahaya tapi kalau pilot yang cekap bawa ianya lebih selamat dari naik kereta. 

  • Tahap 5 bermakna lebih dari 85% sel-sel penapis ginjal sudah rosak. 
  • Tahap 4 lebih dari 70% rosak. 
  • Tahap 3 lebih 40% rosak.
  • Tahap 2 bila ada microalbumin dalam kencing.
  • Tahap 1 dikesan bila buat ultrasound ginjal.
Buatlah pemeriksaan kencing dan ultrasound secara berkala untuk memantau kesihatan ginjal kita semua. Bila ada protein dalam kencing dapatkan nasihat doktor  dan buat ujian lanjut seperti kandungan urea, creatinine, asid urik dan eGFR. Kalau buat ujian dan kita bole faham bacaannya ianya sangat berfaedah. Selalu bila doktor buat ujian kencing pesakit tak faham dan tak ambil kisah dengan hasil ujian yang diberikan. Hasil ujian mana-mana doktor boleh memberikan penerangan rujuk pada pakar apabila ada yang tidak normal. Semasa mengandung akan selalu ada darah  dan sel darah putih dalam kencing. Kalau ada nitrite juga mungkin ada jangkitan. Antibiotik diberi jika demam atau kencing terlalu sakit. 
 Q: 
ooo...kita pun share warfarin dengan tikus untuk perubatan. Sebab tu makan racun tikus boleh mati. 
A:
Dr Seri Buana Zainudin.
Jangan salah faham macam sama bukan betul-betul sama. Jika putus bekalan warfarin jangan pergi kedai beli racun tikus pula. 
Q:
Kalu kita nak kencing yang amat sangat tapi taknak keluar kemungkinan ada masalah ginjal seperti batu karang ke doktor?

A:
Dr Seri Buana Zainudin.
Boleh jadi batu karang atau infeksi kencing. Kalau lelaki 40 tahun ke atas mungkin juga bengkak prostat. Kalau perempuan boleh jadi awal mengandung , rahim turun, fibroid atau cyst .
Q: Memang kebanyakan perempuan mesti ada fibroid or cyst ke doktor? Apakah puncanya secara general? 

A:
Dr Seri Buana Zainudin.
 Sebab tiada yang tahu. Secara teorinya macam-macam. Mungkin makan terlalu banyak Omega 6 atau kurang Omega3. Banyak makan kepak ayam  yang dicucuk hormon. Banyak makan makanan diawet, penggunaan baja kimia dan racun serangga. Wallahua'lam.


Q: 

Assalamualaikum Dr, nak tanya doktor, adakah tahan kencing boleh jadi sebab sakit buah pinggang?

A:
Dr Seri Buana Zainudin.

 Tahan kencing tak bagus.

1. Ia menaikkan tekanan dalam ginjal dan boleh merosakkannya.

 2. Air kencing yang bertakung lama akan mengkristal dan membentuk batu karang.

3. Menggalakkan infeksi kencing.


Q:
Anak saya umur 9 tahun selalu tahan air besar di sekolah sebab dia kata tandas kotor. Bahaya tak?Kalau seminggu 2kali?


A:
Dr Seri Buana Zainudin.

Tahan air besar selalu pun bahaya juga.

Buang air besar jarang-jarang boleh menyebabkan kanser, batu karang dan batu hempedu dan lain-lain penyakit. Sepatutnya kena buang hari-hari. Najis yang tidak dibuang dan tertahan dalam usus besar akan menyebabkan toksin menyerap masuk ke dinding usus dan masuk ke aliran darah.Kalau buang air besar dua kali sehari pun ok. tapi kalau lebih dari itu mungkin jadi dehidrasi dan kekurangan zat pula. 

Dr Kamaludin.

Jika tidak buang air besar setiap hari toksin yang berada di usus besar akan irritate dinding usus besar yang boleh menyebabkan terjadinya kanser usus dan ulser. Untuk kita senang buang air besar kena makan makanan yang tinggi kandungan serat. 

Q:

Kalau kita puasa dan masih melakukan exercise contohnya jogging berbahaya? Sebab saya kadang-kadang jogging sebelum tunggu berbuka.

 
A:
Dr Seri Buana Zainudin.

Jogging ok. Puasa lebih dari 12jam baru darah jadi toksik , ketosis dan asidosis jadi jangan lupa bersahur. 

 

Q: 

semasa bulan puasa , sahur hingga ke waktu berbuka puasa kita kekurangan air, apa yang kita boleh lakukan untuk cover  balik selepas berbuka puasa? berapa banyak air yang perlu kita minum dr seri? adakah baik semasa kita minum minuman berais? 

Sekurang-kurangnya 500ml masa sahur dan 500ml masa berbuka. sebotol kecil air minuman.   Air yang disejukkan dalam peti ok.Ais kena hati-hati dan tengok punca airnya dulu. 

Dr Kamaludin

Semasa bulan puasa bawa air masa solat terawih di masjid, minum kerap sikit-sikit. 

Q:

Lebih 12 jam darah jadi toksik? Macamana dengan yang berpuasa semasa musim panas dekat negara 4 musim? Xbahaya ke? Lebih 12 jam kalau tak silap masa musim panas.


A:
Dr Seri Buana Zainudin.

ada sedikit risiko. Puasa sebulan dalam setahun dan sekali dua seminggu adalah cara yang Allah anugerahkan pada kita umat Islam untuk kebaikan kita juga. Kita mengamalkan sunnah mendapat kebaikan yang mana termasuklah kesihatan. 

Dr Kamaludin.

Walau macamna pun sebenarnya puasa memberikan kesan yang positif pada kesihatan kita walaupun bukan itu tujuan kita berpuasa. Ada satu tempat di US ada sekelompok manusia yang berpuasa seminggu sekali di dapati kelompok itu tiada penyakit darah tinggi kencing manis dan jantung. 

Q:
Doktor Seri tadi ada sebut tentang  banyak makan  makanan yang berasid urikboleh membahaykan ginjaldan salah satunya kekacang. Soalan saya,semua jenis kekacang ataupun yang sudah diawet? Saya suka makan jenis kekacang ni. Seram pula dengar.

A:
Dr Kamaludin

Semua jenis kekacang. Kalau setakat makan kacang tanah sepaket sehari pada saya masih ok je. 


Q:

Assalamualaikum.

Saya ada masalah gastrik dan angin berlebihan  dalam badan. Boleh doktor sarankan ubat-ubat pada saya sebab kadang-kadang sampai naik ke kepala dan kebas kaki tangan

A:

Dr Kamaludin.

Kena kerap makan sikit-sikit merupakan cara yang paling baik dari bergantung dengan ubat. Ubat yang mengurangkan pengeluaran acid seperti ranitidine, cemetidine, famotidine dan ameperazole jika diambil pada jangka panjang boleh menyebabkan kanser perut. Tiada kaitan sebenarnya, mungkin kurang senam dan darah tidak mengalir dengan lancar  disebabkan salur darah kecil kalau kita bersenam salur darah jadi lebih besar. Lebih baik improve cara pemakanan.


No comments:

Post a Comment