Thursday 30 April 2015

Himpunan Nota QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 1 APRIL 2015
 

Q: Apakah pengidap penyakit jantung ni adakalanya tiada tanda-tanda? Serangan datang dengan mengejut dan tiba-tiba. Sebaiknya bilakah waktu yang sesuai untuk buat stress test jantung ni doc?

A:

Dr Kamaludin

Kalau mengikut buku teks lama 80% pesakit jantung meninggal dunia pada serangan yang pertama. Buku teks baru yang saya ada tak ada sebut tentang ini. Besar kemungkinan sekarang orang dah  lebih sedar , jaga makan dan buat stress testuntuk mengetahui status jantung.Mungkin peratusnya juga dah menurun. Rokok memang dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau panjang umur mencecah aje  umur 40 tahunbuat full medical screening. kegemukan disebabkan makan lebih daripada  yang kita guna jadi lebihan ini kita simpan dalam badan. 

Dr Seiji

Saya sarankan 30. maklumlah dengan cara tidak sihat. 

Dr Sharul

Merokok tidak menggemukkan badan cuma bila berhenti merokok dari segi psikologi perokok akan mengambil makanan lebih untuk ganti balik rokok di mulut. Antara saranan setelah berhenti merokok adalah banyakkan minum air kosong  dan boleh juga chew gum untuk hilangkan perasaan untuk hilangkan perasaan sentiasa merokok. Bear in mind, chew gum ini pun sebenarnya x bagus sebab banyak gula. Saranan lain adalah busykan diri dengan aktiviti lain seperti senaman, zikir terutama waktu yang biasa merokok(lepas makan).

Q:

As salam doktor, adakah sauna bagus untuk kesihatan?

A:
Dr Kamaludin

Minta Maaf pada yang bertanya, saya kurang pasti sebab saya tidak tahu apakah sebenarnya sauna ini. 

Q:

Salam Doc, biasanya yang merawat atau handle kes-kes kelahiran baby luarbiasa  macam yang bermata satu, muka ala-ala haiwan, ikan dan fenomena ganjil-ganjil ini bahagian dan bidang apa ye dalam perubatan?

 

A:


Dr Kamaludin

Obstetrics and gynecology.

Q:

Muka adik ni gatal-gatal . Dah merebak sampai ke telinga ,mula-mula nampak macam panau. Bole amik ubat antifungus kat farmasi je@ kena jumpa doktor?

Mula - mula kena bentuk bulat lepas tu kemerahan berair dan bersisik gak. Kadang-kadang berulang ulang bila dah ok.

yang di muka tu kena last year, di telinga  ada 3 bulan.



  A:

Dr Azlinda Ashari

Ni kena jumpa doktor kulit, tidak boleh ambil  ubat di farmasi sahaja sebab ahli farmasi tidak  boleh diognasis. Eloklah bawa jumpa pakar Kulit di Hospital Kerajaan. Klinik Kerajaan ada lebih banyak ficilities untuk check betul-betul.

Dr Seiji 

mcm VITILGO aje.

memandangkan u kata berulang. Saya tidak fikir ini panau atau jangkitan kulit. Memang kena jumpa doktor dermato. Harap-harap dikawasan panau tu ada rasa. Kalau tidak rasa memang risau saya.

Dr Kamaludin.

kalau lihat gambar macam seborrheic dermatitis, kulit menjadi putih sebab prolonged irratittion yang menyebabkan melanocytes berhenti untuk membuat pigment.  Repeated lesion.


Medical terms:

Kronik- berpanjangan ( bukan  TERUK seperti yang difahami oleh orang lain)

Acute- sudden onset.(jangka masa pendek)

Chronic- penyakit yang berpanjangan(kencing manis, asma)

TRO- to rule out.

Differential diagnosis- diagnosis  yang kita consider dalam mencari diagnosis  dan segala investigation disekitar ini sehinggalah kita dapat satu diagnosis yang betul. 

 

No comments:

Post a Comment