Tuesday 21 April 2015

HIMPUNAN NOTA QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 28 MAC 2015

 

Q: 

Salam, saya ada sedikit persoalan tentang anak saya.Masa dia umur setahun lebih, dio terkono air panas kat tangan dan badan kaki setelah enam tahun parut tu masih asa lagi, so ado cara tak untuk hilangkan parutnyo? Satu lagi dolu sorenya nyaring tapi lepas kejian itu sorenya jadi garaulah. Adakah kesan die menjerit dolu? Pasal saya dah jumpa ENT. Dia kata ok j peti sore anak. Siap kalo dia cakap musti nampak urat leher terkuar sekali.

A: 
  • Mungkin lukanya dalam masa kena air panas ataupun luka tadi meransang melanocytes untuk membentuk pigment itu menjadi lebih gelap. Cuba krim vitamin E. Saya kurang pengalaman mengenai kulit. Kalau anak puan ini perempuan cuba bawa pakar kulit untuk mendapatkan nasihat. mengenai suaranya yang garau tu pun sudah dapat jawapan dari yang expert. Mungkin suara yang seperti itu nanti sedap didengar bila membaca AlQuran.
  • Berkenaan parut memang ada. Boleh dapat di pasaran jika boleh tunjuk gambar.
  • untuk masalah suara, ia mungkin berkaitan dengan trauma dan ketegangan otot. Dalan perubatan energy/ rte kami guna vitto 1 kemudian kita tengok seterusnya bagaimana. Kalau pakar ENT kata tiada masalah. Puan boleh jumpa seorang lagi pakar untuk second opinion. 

Q:
Assalamualaikum Doktor,
   Anak saya selalu sakit kepala.Adakah ia  ada kaitan dengan mata? Atau resdung? Anak saya sedang belajar di IPT. Terima kasih tuan doktor.

A:
  • Sakit kepala boleh berpunca dari mata dan resdung. Puan dinasihatkan bawa anak untuk pemeriksaan lanjut.
  • memandangkan  anak masih diperingkat IPT, saya assume mungkin dia tension atau stress. Boleh check google tension headache.

PERKONGSIAN PENGALAMAN CARAGEM DARI DOKTOR WAN MARTINA.

Perubatan alternatif adalah sokongan kepada perubatan moren. Pengalaman peribadi anakanda saya yang masih uda telah mengalami PROLAPSE DISC setelah mengangkat barang yang berat. Terlantar  tidak dapat bergerak selama satu bulan lebih. Mulakan physio selepas itu. Bila dengar tentang caragem saya mula google dan jumpa banyak testimoni. Saya belikan untuk anak saya setelah pada masa itu physio tidak menunjukkan kesan lagi. Setelah dua minggu anak saya boleh duduk semula dan mula menggunakan walking frame dan boleh berdiri. Tetapi physio tetap diteruskan. Ramai kawan yang juga doktor mengalami penyakit yang sama mencuba dan alhamdulilah ada kesan. Saya tekankan disini sebangai SOKONGAN KEPADA RAWATAN MODEN.

Q:
    Saya mahu bertanya mengenai angin yang keluar melalui vagina. Apakah penyebab/puncanya dan bagaimana cara untuk mengelakkannya / mengatasi masalah berkenaan.

A:
 Masalah angin dalam vagina berlaku apabila otot perineum lemah. Puan boleh buat exercise untuk otot perineum. Ya puan senaman kegel.

Q:
      DR WAN, 
  1. waktu kedatangan haid alirannya sangat banyak. hari ke 4 pun masih banyak. Saya  menggunakan hampir 2 pack yang mengandungi 40 tuala wanita. Normal ke ini Dr Wan?
  2. saya juga mengalami sengugut yang teruk. Sampaikan saya tidak mampu untuk membuat aktiviti yang lain. Just baring. Senggugut ini akan hilang sakitnya masuk hari ketiga.
A:
 Aliran darah yang banyak dan tidak normal puan perlu membuat pemeriksaan.
Antara penyebab yang boleh sebabkan aliran banyak
  • perubahan hormon
  • penyakit fibroid
  • endometriosis
  • endometrium hiperplasia
  • coagulation defect
  • pelvic inflamasi
2.  senggugut juga boleh disebabkan penyakit dan juga normal sebagai tindakbalas perubahan hormon. Puan perlu buat pemeriksaan.
Perlu juga diingatkan aliran yang banyak juga berpunca 
  • komplikasi pregnancy eg: keguguran
  • mengandung luar rahim
  • penyakit servik
  • penyakit thyroid.
Soalan dari DR WAN:
Q: Puan ambil ubatan anticoagulant
A:Ya Dr Wan, selepas operation MVR. tukar injap jantung.

KETERANGAN DR WAN.
Itulah sebabnya tetapi puan kena pastikan juga tiada penyakit setempat. Boleh buat ultrasound untuk pemeriksaan untuk periksa keadaan rahim dan ovari. Ya, perlu juga buat pap smear. Kalau aliran puan boleh berhenti setakat 4 hari.OKlah tu. Tetapi puan perlu ambil diet kaya zat besi dan B untuk pembinaan darah baru.

Q:
     Untuk yang berusia lewat 30an. Apakah supplement yang dicadangkan untuk elak pra monopos?


A:
   Kalau amal diet yang sihat tidak perlu ambil supplement.

Q:
Assalamualaikum Dr....

    Bolehkah sel kanser bertukar dari pasif ke aktif. Dan dalam keadaan yang bagaimana ia boleh bertukar dari pasif ke aktif. Apakah yang menyebabkan terjadi..makanan?rawatan?enviroment?
contoh pemeriksaan tahun lepas sel kanser adalah tidak aktif dan pemeriksaan tahun ni sel tersebut menjadi aktif

A:kanser berubah pasif ke aktif tak wujud tu. Yang mungkin adalah segelintir sel tu masihhidup dan tak hilang sepenuhnya dalam badan. Masih ada sisa baki. Sebagai contoh...operation buang kanser..kadang2 sel ini boleh tercicir atau tidak lenyap sepenuhnya. Part tu memang  luar kemampuan manusia. sebab tu selepas buang kanser disarankan buat kemoterapi kerana ingin membaung kenser yang tertinggal atau sisa baki. Tapi  kanser ini walaupun  sangat membunuh kelebihannya orang itu sentiasa ingat mati berbanding orang yang mati mengejut. Apa-apa jangan stress bila dapat kanser. Ada jer  orang mati kerana kemalangan walaupun 2 kali dapat kanser

Q: 
   As salam Doc, selamat tengahari. Bagaimana cara nak dapatkan anak lelaki? Ada beberapa petua?
A:
    Dulu saya pernah terlintas petua orang tua nak dapatkan anak lelaki kena biarkan isteri orgasm dulu, baru pancut. saya amalkan.. taktahulah sama ada kebetulan atau amalan tu benar, saya dapat anak lelaki.
bukan ke anak perempuan atau lelaki telah ditentukan sejak azali lagi.

Q:
   Salam Doktor,

Adakah menderma darah boleh menyebabkan selera makan    bertambah  dan kegemukan secara mendadak?

A:
Mungkin boleh meransang selera makan sebagai adaptasi badan untuk pulihkan sumber darah. Tapi tambah berat badan takde kaitan melainkan dia kuat makan dan tidak exercise..


Q:
   Apakah punca Afendik. Anak saya pernah dibedah kerana apendiks ketika berusia 3 tahun. Ada kemungkinan tak apendiks tu berulang lagi?

A:
  1. Apendik dah dibuang belum. kalau dah dibuang mana mungkin berulang.
  2. Puan Siti, setiap orang ada appendix. Appendix ni takkan tumbuh balik once kita dah buang.
  3. Appendixs boleh berulang tapi pada umur yang lewat dan amat jarang berlaku. Bahagian appendix yang telah dipotong boleh tumbuh kembali. Ada few journal n case dalam journal yang discuss tentang ini.
    Q:
Apa pula nama penyakit..kulit menjadi merah,bengkak, seperti kena ulat bulu adakalanya serata badan. Adakalanya pada tempat yang tertentu seperti lengan, betis , peha dan tempat lain pada badan. Bila ke doktor, doktor akan kata  kena alahan juga.

A:
Itu namanya Urticaria, orang Melayu panggil galigata atau kelopak garam, memang itu penyakit alahan.Cuba buat sensitivity test. Kot dapat tahu allergic pada apa, bolehlah elak.


Q:
Anak saya dapat infeksi tekak dan bengkak dalam mulut bawah lidah dapat dilihat dari sebelah bawah dagu. Saya beri dia Gum Arab dan bengkak terus surut lepas 2 hari. Lepas 2 minggu waktu balik cuti, dia terjaga disebabkan batuk. Tapi batuknya tidak pula kuat. Dia mengadu dalam ludah ada darah. Saya bekalkan gargle bawa balik. Sebulan selepas itu, anak balik dan tunjuk bengkak seperti benjolan sebesar hujung jari pada leher sebelah kanannya. Dia kata doktor suspek TB. Tapi selepas seminggu result kata negative. Dia tidak demam. Doktor ada beri dia makan ubat dan bengkaknya surut tapi masih ada. Soalannya bengkak tu disebabkan TB. Jika betul bolehkan penyakit ini sembuh sepenuhnya. Anak saya fizikalnya sihat seperti pelajar lain. Tak nampak tanda lemah pun.

A:
Besar kemungkinan yang membengkak itu kelenjar limfa atau lymph node. Ia mungkin boleh  TB atau jangkitan disekeliling tekak juga boleh menyebabkannya membesar. Tapi doktor sudah sahkan buka TB ini bermakna disebabkan jangkitan disekeliling tekak. Insya Allah ia boleh baik dan mengambil masa sedikit untuk mengecil semula.

No comments:

Post a Comment