Wednesday 1 April 2015

HIMPUNAN NOTA QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 27 MAC 2015


Q:        Salam docs. Berkenaan dengan oral hygiene ni, saya amalkan kumur-kumur Listerine  2,3 kali sehari. Mengenai kandungan kimia Listerine tu adakah selamat untuk jangkamasa panjang penggunaanya? Tiada kesan apa-apa atau kajian apa-apa mengenai kandungan Listerine tu? Saya selepas kumur-kumur saya tidak bilas pun dengan air paip. Sekadar kumur biasa pastu minum air masak pula.
A:        Listerine if ada alcohol boleh keringkan mulut. Itu je effect utama dia dan tidak perlu pun sehari kumur banyak kali. Sekali cukup. Even bagi saya, bukan semua perlu guna Listerine. Saya utamakan penggunaan Listerine pada yang ada masalah gingivitis keradangan gigi. Yang biasa-biasa macam kita yang penting gosok gigi  minima dua kali ubat gigi fluoride,floss terutama kalau gigi crowding(bertindih).
NOTA TAMBAHAN DARI DR FARHANI AZIZAN
Untuk soalan pasal gigi, yang Dr Seri Buana Zainudin ulas tu generally dah ok dah. Pasal gigi palsu penting penjagaan kebersihan gigi palsu dan kebersihan mulut. Biasa Doktor akan bagi instruction lepas issue gigi palsu untuk patient  macam mana nal jaga so risiko patah, hilang dan penyakit dalam mulut kurang la.risiko tertelan tu tidak tinggi. Tujuan rawatan saluran akar bukan untuk kekalkan gigi selama mana yang boleh lebih baik daripada  pencabutan gigi di mana gigi akan hilang terus. Tapi depends on conditions gigi dan kebersihan mulut patient. Kalau diyakini patient dapat jaga oral dengan baik di rumah plus dinding dinding gigi masih elok baru buat. Masalahnya rata-rata rakyat Malaysia ni susah sangat nak jaga oral hygiene dalam ramai-ramai patient yang datang klinik buat check up, boleh bilang dengan jari berapa je kebersihan mulut bagus. Sadis.

Q:        Dr Farhani,ubat gigi colgate sensitive bagus ke? Saya memang dia boleh kurangkan sensitive gigi. Cuma saya risau gigi dah berlubang teruk pun pun masih tak rasa apa?
A:        Ubat gigi sensitive khusus untuk gigi sensitive. Kalau berlubang teruk dah kena buat treatment.

Q:        Betul ke ubat gigi fluoride boleh member mudharat kepada pemakainya  bila lama memakainya?
A:        Tidak.
NOTA TAMBAHAN DARI DOKTOR SHARUL.
Isu ubat gigi florida ni suatu yang kontroversi begitu juga air yang berflorida. Ada few study yang indicate child expose to fluride had a high risk to osteosarcoma & skeletal fluorosis however this is small study from cdc (retrospective) show no link fluoride & cancer.
KKM suggest ambil ubat gigi fluoride secalit sahaja to prevent teeth decoy. Ubat gigi fluoride mengandungi kurang @ sama dengan 600ppm. Dose yang dicadangkan oleh CDC is not more than 700ppm. So we can assume  ubat gigi di Malaysia jika digunakan secalit sahaja selamat untuk semua.
Penting untuk kita sedar bahawa fluoride ni ada juga dari sumber air telaga. Di Malaysia banyak tempat yang masih guna telaga. Di Kuala Krai ada 600 telaga yang masih digunakan.

Q:        Assalamualaikum Doktor….
            Ada kemungkinan tidak pesakit cancer yang telah melalui chemotherapy gigi mereka akan reput or cepat patah/ senang patah?
Dr Seri Buana Zainudin.
A:        Chemotherapy  dan reput gigi jarang kita dengar tapi kalau radiotherapy
            Untuk oral cancer memang yang akan mereput giginya. Oleh itu, kaunseling dengan pakar radiotherapy dan doctor gigi sebelum rawatan adalah baik. Ada kes yang kita cadangkan cabut dulu semua gigi sebelum radiotherapy
Yang berdos tinggi untuk oral cancer.
Dr Seiji
A:        Ya, chemotherapy boleh mendatangkan kesan begitu. Orang buat kemo ini cadangkan berpuasa pada hari tersebut. Dari kajian ia boleh mempertingkatkan system imun.
·        http://singularity hub.com/2014/06/21/fasting-helps-cancer-patients-survive-chemotherapy-and-it-could-help-us-all-live-longer/


Q:        Anak saya tak suka makan sayur dan buh-buahan. Suplemen apa yang sesuai untuk menggantikan zat buah dan sayur? Anak kerap sakit mungkin kurang antibody?
A:        supplemen multivitamin dan vitamin c boleh bantu. Jika kerap sakit  amiklah vitamin C.



 

No comments:

Post a Comment