Saturday 25 April 2015

Himpunan Nota QnA


BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 30 MAC 2015

Q:
Salam, ayah saya baru tadi ballom angioplastry with stenting di belah kanan jantung di USM Kubang Kerian. Adakah kaedah ini berkesan?

A:
    Dr Azlinda Ashari.
Angioplastry with stenting adalah untuk 'meluaskan' balik salur darah yang sempit  dan perlu makan ubat cair darah (Plavix) sekurang- kurangnya satu tahun  dan disambung dengan ubat cair darah yang tidak kuat selepas itu seumur hidup. Apapun, ini bukanlah penyembuh masalah salur darah sempit atau tersumbat. Jika faktor-faktor yang menyebabkannya sempit/ tersumbat masih ada contohnya darah tinggi,diabetes, meroko, kegemukan dan lain-lain. Salur darah yang telah diletak stent itu akan tersumbat balik. kecepatan menyumbatan semula bergantung kepada faktor-faktor penyebab tadi. Jika faktor-faktor itu tidak dikawal secara jitu, menyumbatan akan berlaku balik selepas beberapa tahun. Jadi perlulah mengubah cara hidup secara menyeluruh dan amalkan gaya hidup sihat yang disarankan  untuk  memastikansalur darah itu 'terbuka'lebih lama - 10 tahun.
Kalau makan ubat  cair darah, Warfarin, baru kena kurangkan sayur hijau. Kalau makan  Plavix, Asprin, Disprin dan yang seumpamanya tidak berkaitan dengan sayur hijau. Malahan sayur-sayuran hijau kaya dengan serat, vitamin, zat galian dan fitonutrient.

Q:
   Bagaimana  merawat cyst semasa mengandung ? Adakah cyst akan mengecut sendiri semasa mengandung? Ada kawan yang sedang mengandung 2 bulan cycstnya  semakin membesar di sebelah kiri dan kanan. Lebih besar daripada bayi.

A:
  Dr Kamaludin.
Itu kena berbincang dengan pakar O&G yang merawatnya, memang  cycst di ovari boleh membesar semasa mengandung  sebab rangsangan hormon yang meningkat semasa mengandung.

Q:
Dr , ada orang sarankan saya makan minyak ikan untuk cairkan darah. Fakta atau auta?
A:
 Dr Azlinda Ashari.
En Abadi, minyak iakan & Omega-3  tak sama. Dalam minyak ikan(yg ada daging ikan tersebut) memang ada Omega-3 yg essential(wajib ada) untuk badan. Jadi minyak ini mesti di extract dari minyak ikan  dan ditulinkan (purified) sebab ikan-ikan yang kaya dengan Omega-3 (salmon,tuna, hering, mackerel, trout) juga mengandungi pencemaran  logam berat seperti raksa, plumbum dan aluminium.
Omega-3 juga boleh didapati dari kacang walnut, almond, flaxseed dan sayuran berdaun hijau( ini mungkin jawapan kepada soalan Dr Kama tentang vitamin K dalam sayur hijau)[soalan Dr Kama Adakah sayur hijau juga mengandungi banyak lemak]
Omega-3 bertindak mencairkan darah secara natural. Omega-3 sangatlah penting untuk badan.

Q:
Dr Azlinda, macamna pula dengan diet based on kumpulan darah. Fakta atau auta?

A:
Minggu lepas ada seorang doktor juga bicara begini. Diet perlu ikut  jenis darah.

Dr Seiji 
Setahu saya diet based on kumpulan darah not based on evidance based madicine.

Q:
   Assalamualaikum Dr,
HFMD kepada kanak-kanak..
  • apa rawatan yang sesuai?
  • Apakah langkah kawalan yang perlu kita buat?
  • Dari segi pemakanan  semasa di serang penyakit ini bagaimana pula?
A:
Dr Kamaludin. 
  •  HFMD merupakan penyakit  yang disebabkan oleh virus  dan merupakan self limiting disease dengan itu tiada rawatan yang diperlukan.
  • perlu diasingkan dari kanak lain supaya tidak terkena jangkitan.
  • makan seperti biasa kalau mulut sakit dan susah nak makan  berikan makanan yang lembut  atau berikan susu dengan menggunakan straw.
 Q:
  Adakah makan terlalu banyak vitamin K boleh menyebabkan darah menjadi pekat?
A:
Dr Kamaludin.
  Tak pernah jumpa kes seperti ini lsgi, vitamin Kmerupakan bahan bagi coagulation factors, tak pasti  samada bila banyak vitamin K badan kita akan  akan membuat coagulation  factors yang banyak. Yang pasti kalau kita makan banyak lemak dan santan insya Allah darah akan menjadi pekat.

Q:
Selepas buat angiogram, boleh bawa kereta atau buat kerja berat tak?
A:
Dr Seiji
Biasanya tak, ada beberapa tempoh  dia tidak dibenarkan memandu. tapi tak ingat berapa lama tempoh.
About 1-2 weeks.

Q:
Salam doktor  dan semua yang dirahmati Allah, saya nak tanya  sewaktu demam apakah digalakkan kerap mandi? tidak bahayakah ketika badan panas, sakit urat dan otot bagai disirami air?
A:
Dr Seiji
Tak bahaya,lainlah cerita kalau otot yang panas kerana aksi sukan yang tiba-tiba sejuk. Senang otot menjadi kejang.  Tapi kalau bukan exersice sekadar demam takde masalah. Tapi ada pendapat lebih baik guna air suam sebab bila panas salur darah mengembang maka haba dalam badan bebas. Sebaliknya  kalau air sejuk mendadak salur darah mengecut jadi haba lagi susah nak keluar.

Q:
Berkenaan dengan demam juga, betul ke  ada orang berpendapat kalau nak cepat kebah pakai sweater@selimut tebal-tebal supaya peluh cepat keluar?
A:
Dr Kamaludin. 
Sebenarnya suhu badan kita keluar melalui proses radiasi jadi tidak elok jika diselimutkan dengan selimut yang tebal yang akan menghalang proses ini.
Q:
Masa anak saya admitted dia demam. Misi cakap bilik yang sejuk sebab aircond bole bantu turunkan  suhu panas. Xperlulah jelum air kat badan  macam kita buat di rumah  sebab bilik xguna aircond. Betul ya doktor?
A:
Dr Kamaludin. 
Bilik aircond okay sebab enviroment  sejuk untuk menurunkan suhu badan hanya jangan terlalu sejuk sehingga salur darah mengecut. Apabila salur darah mengecut  jadi luas permukaan untuk proses radiasi  juga akan mengecil  jadi suhu dalam badan tidak dapat dikeluarkan. Sebenarnya masa kita demam sistem termostat dalam badan kita rosak jadi walaupun panas  sensor kata sejuk dan mengarahkan  badan generate haba dengan cara gigil.

Q:
jadi Doc, kita mandi sejuk (kalau takde aircond dekat rumah) dan kena buka kipas kuat-kuat  biar badan kita kembali normal?
A:
Dr Kamaludin. 
Kalau mandi,  kena  dengan air suam supaya salur darah tidak mengecut.
Sendi sakit merupakan tanda yang common bagi jangkitan kuman virus.

Rujukan:
The truth abaout Cholesterol
http://youtu.be/V4xkXmakaUU

No comments:

Post a Comment