Tuesday 21 April 2015

HIMPUNAN NOTA QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 29 MAC 2015
 
Q:
   Assalam... Doktor, 
         Anak kawan saya ni ada masalah sikit, Dah besar dah. Umur 7 tahun. Nak buang air besar bermasalah. So asyik buang air besar dalam seluar tapi sikit-sikit. Bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ada ubat tak?Tqvm
 
A:
Ini ustaz kena bawa jumpa doktor. Dikhuatiri mengidap Megacolon. Elok jumpa pakar kanak-kanak.
 
Q:
   Assalamualaikum Doktor,
  Adakah perlu untuk  kanak-kanak mengambil suntikan pneumococcal vaccine.
A:
   Pneumococcal vaccine hanya diberikan ke mereka yang ke Mediterranean. Sepatutnya kena beri kalau nak ke sana.
 
Q:
Salam dan Selamat Pagi doktor. Ingin bertanya tentang disc. Memang tidak boleh baik ya? Memang kena bergantung ubat tahan sakit ya? Kalo cucuk ubat doktor kata epidural tu elok ke? Kesan sampingan apa?
 
A:
  • Doktor tak sarankan buat tranction dulu ke. Cucuk epidural tu doktor nak bubuh ubat apa. Kesan sampingan cucuk insya Allah minima. Yang kita tidak pasti kesan ubat itu. Biasanya mereka akan cucuk steroid.
  • Saya rasa bukan cucuk epidural tu. Dia cucuk steroid dan dia tak cucuk kawasan anak saraf. Spondylosis ni tiada ubat untuk sembuhkan kerana penyakit tersebut melibatkan struktur. Umpama rumah kalau tiang bengkok bahan kimia tidak akan ubah tiang tu melainkan diketuk dengan tukul.
 Q:
  1. umur 36 dan telah berkahwin. 2 orang anak. Datang haid sampai 57hari. Cecair dan berketul. Scan tiada masalah. Penyakit normal? Haid berterusan sehingga sekarang.
  2.  sedang tunggu result. Jika paras hormon tidak stabil rawatan susulan akan diberikan. Adakah ia perkara biasa?
A:
  1. Bila scan normal, saya assume tiada masalah dalam rahim. Kalau begitu, check paras hormon dalam darah.
  2. Bukan perkara biasa, tunggu result paras hormon. Insya Allah nanti baru tahu plan yang seterusnya.
Q:
   As salam Doktor. Niat di hati nak derma darah kali ke 11 kat jom heboh petang tadi. Bila check darah saya kurang sel merah katanya. 11.1  Apakah sebabnya dan apakah cara mengubatinya. Minta pencerahan.TQ.

A:
HB rendah boleh sebabkan diet yang kurang zat besi dab folat atau pendarahan mikro yang berpanjangan pada orang menghidap buasir dan ulser perut. HB juga boleh rendah pada mereka yang menghidap kanser darah. Cara mengubatnya bergantung pada penyebabnya.

Q:
  Assalam dr ..
Ada hadith dari Rasullulah yang menganjurkan minum khal atau cuka. Apakah kelebihan cuka dalam sistem penghadaman. Apakah kelebihan minum khal ini?
A:
  Boleh bagi hadith penuh dan perawinya untuk rujukan.

Sabda Rasullulah S.A.W
'sebaik-baik hidangan makanan ialah khal. Ya Allah berkatilah khal, sesungguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah,'(hadith riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Q:
   Ayah saya baru tadi ballom angioplastry with stenting di belah kanan jantung di USM Kubang Kerian. Adakah kaedah ini berkesan?

Maklumat tambahan.
doktor suruh makan ubat cair darah setiap hari makan sehingga 1 tahun.
 
A:
   Banyak faktor berkesan atau tidak berkesan  ballom angioplastry ni dan terlalu teknikal nak terangkan. Anyway kebiasaannya prosedur jika success sekurang-kurangnya 10 tahun jantung dapat elak sakit jantung.

Q:
  Dr K, kalau tak ada sakit buasir, kanser darah dan ulser perut ada tak sakit lain? Macamana nak tau penyakit ni. Ada tanda-tanda ke?

A:
   Tuan Jaludin, kalau tak de penyakit yang disebutkan kemungkinan diet kekurangan zat besi dan folat, check juga najis di makmal kut le ada cacing. Insya Allah klinikkesihatan  kerajaan
boleh buat.

Q:
  Apakah ada manfaatnya sekiranya saya berjogging petang-petang di tepi jalanan dalam masa yang sama menghidu asap dan habuk-habuk kereta lori dan sebagainya. Berjogging atau berbasikal petang-petang. 
A:
  Susah nak jawab soalan ini, sebab kita tidak tahu kepekatan asap dan habuk dijalanan.

No comments:

Post a Comment