Thursday 30 April 2015

Himpunan Nota QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 31 MAC 2015

 Q:

  Assalamualaikum...

  1. pertanyaan saya, apakah pengamalan yang baik atau pemakanan yang perlu dijaga dan dielakkan dari penyakit resdung.

  2. apakah jalan terbaik untuk kita elak dari genetik keluarga yang kencing manis? sebab dikalangan keluarga belah ibu ada, yang dah kena strok, potong kaki dll, ibu saya pula mudah pening kerana faktor minum atau makan benda manis.

A:

 Dr Kamaludin.

  1.    Elak makanan yang kita alah padanya.

  2.    Elakan  makan karbohidrat berlebihan, berat  jangan melebihi berat ideal dan bersenam.

Q:

   Kalau baby dan kanak-kanak pula demam macamana mana doktor? sebab selalunya kalau pergi hospital akan disuruh mandikan seperti biasa pakai air paip je.

 

A:

 Dr Kamaludin

    Air paip pon boleh asalkan jangan bubuh ais. Tapi air suam lagi bagus, dalam buku pun disebut  luke warm water.

 

 Q:
   Sejak masuk umur 45 ni, makan mesti tepat pada masanya. Contoh makan tengahari jika lebih daripada pukul 1 mesti tangan gigil. Jawapan umum selalunya umur dah meningkat. Dari sudut perubatan  apakah nama simptom gigil ini?

A:

Dr Kamaludin 

Besar kemungkinan  gigil disebabkan oleh paras gula dalam darah rendah. Ini biasanya disebabkan  oleh jarak antara meals terlalu lama. Untuk mengelakkannya cuba makan sikit sikit  dan kerap, contohnya pagi sarapan, pukul 10.30 ambil snack,makan tengahari, pukul 4.00 minum petang  dan 7.30 makan malam.

Q:
 Dr, ada persamaan ke antara kentut dan sedawa? Merbahaya ke jika kerap kentut?


A:


Dr Kamaludin 

 

Kentut tidak merbahaya  tapi kita cari sebab kenapa kerap kentut. Kentut disebabkan  gas yang terkumpul dalam kolon dan dilepaskan keluar, gas terjadi  sebab fermentation bacteria  yang ada dalam usus kita  yang boleh  disebabkan makanan yang tidak dapat dihadamkan.

Sedawa disebabkan oleh angin  dalam perut disebabkan terlalu banyak asid dan bila ia bertindakbalas dengan makanan akan menghasilkan  garam dan gas, gas keluar sebagai sedawa. Ia  juga boleh berlaku bila tertelan banyak udara contohnya orang asma.

 

Q: 

   Kalau tahan selalu , gas-gas kentut itu tidak jadi toksin ke kalau diperap dalam perut?

 A:

Dr Kamaludin 

    Tak ada orang buat kajian lagi pasal itu,kalau ikut logik tak apa-apa.

 Q:

   Dr Kama, benarkah gene penyakit akibat rokok boleh diwariskan secara keturunan?

 A:

 Dr Kamaludin 

Sebenarnya tiada lagi penyakit genetik yang disebabkan oleh rokok di dokumentasikan setakat ini. Rokok hanya merangsang sel melalui continous irritation  dan menukarkan sel tersebut menjadi sel kanser. Kajian pernah dibuat di KL kesan rokok terhadap kanak-kanak hanya mendapati mereka kurang bijak.

Q: 

 Encik Khalid , kalau based on experience sendiri, berapa lama takes time untuk bersihkan diri dari addiction and effect merokok?

A:

En Khalid,

5 hingga 7 tahun tengok kepada persekitaran , kalau kita masih bersama dengan kawan-kawan merokok keinginan itu tetap masih ada. Especially lepas minum kopi atau makan apa-apa jenis makanan yang biasa kita hisap rokok selepas itu. Persekitaran masih memainkan peranan untuk terpengaruh. 5tahun tu maybe badan  dan habis bersih dari toksin - toksin rokok. Maybe atas ketahanan seseorang itu juga.

Nota Tambahan dari Dr Seiji.

nak henti rokok buat diari.

katakan biasa rokok5 batang seminggu 

so bila start kurangkan kepada 4 rokok dalam seminggu mengikut kemampuan kemudian kurangkan lagi sebanyak 3 minggu , kemudian 2 batang kemudian sebatang kemudian setengah batang sehinggalah hilang ketagihan. Kalau ketagih distract dengan buat benda lain. Apapun sekarang kita dah ada klinik anti smoking. Dia  ada gula nicotine untuk bantu kurang ketagihan tapi saya kurang pengalaman penggunaannya.


SHARING FROM DR ADLI KHALIM.

 Sawan Demam ( Febrile Fit )oleh Dr Alya Hamzah ( pegawai perubatan Pediatrik)

Apakah sawan demam?

Sawan demam  adalah satu keadaan apabila kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikan suhu badan(demam) yang bukan disebabkan oleh penyakit/jangkitan  di dalam otak atau ketidakseimbangan metabolik.

Siapa yang boleh mengalaminya?

Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun ( lazimnya kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun)

Apakah yang patut  dilakukan apabila melihat anak sawan? 

  • Jangan PANIK 

  • Tempatkan anak-anak di kawasan yang selamat ( tiada bahaya disekitarnya)
     
  • Letakkan anak  anda dalam posisi mengiring ke sebelah kiri.
  • sekiranya ada objek di dalam mulutnya, cuba keluarkannya dengan satu pergerakankan jari  yang cepat. Jika tidak berjaya jangan menjolok atau meletakkan sebarang objek lain ke dalam mulut anak yang sedang sawan.
  • Perhatikan "pattern" sawan ( tangan sahaja,atau kaki saja atau seluruh badan) dan tempohnya (sekiranya lebih 5 minit, segera bawa ke doktor).
  • setelah sawan berhenti bawalah anak anda  ke klinik yang terhampir untuk penilaian.

     Bolehkah sawan demam berulang?

    Ya, antara faktor risiko termasuklah  (1) sejarah sawan demam dalam ahli keluarga yang lain. (2) umur kurang daripada 1 tahun sewaktu sawan demam yang pertama.

    Adakah sawan demam akan melarat menjadi penyakit epilepsy?

    Tidak. Namun , data menunjukkan yang 2% hingga 7%  daripada kanak-kanak ini kemudiannya disahkan mengalami epilepsy, Dalam kes tersebut , kebanyakannya telah pun mempunyai  masalah yang lain seperti perkembangan yang lambat, masalah sistem saraf otak atau keluarga yang menghidap epilepsy.

    Bolehkah sawan demam dielakkan?

    Tiada data yang menunjukkan penggunaan ubat demam atau ubat sawan boleh mengelakkan kejadian sawan demam. Namun ubat demam itu boleh membuat anak yang mengalami demam yang tinggi untuk merasa lebih selesa.

    Sila rujuk: http://www.mmgazette.com/apakah-sawan-demam-dr-alya-hamzah/


Q:

Assalamualaikum 

Tuan DR. Ada pertanyaan . Ujian darah TSH bagi baby tu untuk sakit apa sebenarnya? MOhon pencerahan

A:

Dr Seiji.

Just untuk screen ada masalah thyroid tak. Semua baby ada buat. Ada kes budak ada masalah kurang thyroid. Kesannya tinggi pada perkembangan IQ.


NOTA TAMBAHAN 

Dr Sharul

Rokok ni ada fatwa haram, makruh dan harus. Harus ni fatwa seorang kiyai di Indonesia  yang juga perokok tegar.  Saya selalu guna  trick ni pada mereka yang masih berpegang  pada fatwa makruh. " sebagai orang yang beriman kita kena jauhi diri dan keluarga dari benda-benda yang syubhat", kalau tak terasa tu memang jenis keras hati , kaunseling kena bersama ahli keluarga untuk bantu perokok berhenti.  Setakat ni  saya tidak jumpa lagi rokok berkaitan dengan penyakit genetic tapi banyak research menunjukkan  mutasi sel badan kita bila expose dengan asap rokok, itu yang banyak kanser boleh berlaku, menurunkan kualiti sperma  dan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan(19% data from HKL)

Saya tidak setuju kalau perokok merokok diluar rumah  sebab bila masuk rumah bau masih melekat di badan. Isteri dan anak-anak yang menghidu bau tu dah consider pasif smoker , sia-sia jadi asbab untuk mendapat penyakit yang lain. 

nakberhenti merokok terlalu banyak cara. Boleh pergi ke klinik terdekat dan daftar dengan Klinik Berhenti Merokok. kat sana  depa akan terangkan banyak kaedah dan kalau tak jalan jugak after  a few session  boleh start makan ubat stop smoking. Dah ramai yang berjaya. Paling severe saya jumpa pakcik kerja bendang merokok 60 batang sehari selama > 30 tahun , alhamdulilah dia berjaya berhenti dalam masa 6 bulan.


 

 

 




  

No comments:

Post a Comment