Wednesday 1 April 2015

HIMPUNAN NOTA QnA




BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 26 MAC 2015



Q:           Nak Tanya satu soalan.Kalau dah terkena sakit DEPRESSION  pesakit akan menangis dengan sendiri tanpa dapat dikawal jika jatuh mood. Soalannya selain makan ubat dan pergi kaunseling apalagi yang boleh dibuat untuk mengatasi sakit ni?
A:            Banyakkan baca Quran dan meditation (kosentrasi)

Q:           Kenapa bila saya rasa gugup@gubra akan rasa sakit dan ngilu di bahagian belakang hingga nafas jadi tercunganp-cungap dan sesak nafas lebih kurang 1-3 min?
A:            Itu merupakan fenomena normal.
Soalan tambahan:
Q:           tiada kaitan dengan slip dics ke Dr Kama?
A:            Mungkin juga boleh tapi kalau slip disc yang kita boleh rasa macam itu biasanya compression efectnya mesti teruk

Q:           Salam Dr, saya ingin bertanya . Saya kerap ambil panadol actifast bila pening walaupun sedikit. Memang amat berkesan. Apakah kesan jangka panjang pada pengambilan yang kerap. Terima Kasih.
A:            Dr Kamaludin Karmain
                Panadol merupakan ubat yang selamat menjadi toksik apabila diambil dengan banyak sekaligus. Contohnya 20biji sekali telan. Ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
                Dr Seiji
                1biji tu lebih kurang 500mg maximum sehari Cuma boleh 4gram je. Kalau lebih berisiko untuk rosak hati.
Q:           Dr Seiji
                Tapi itu yang hairan ada panadol 625mg. Kenapa dos dia lain sikit.
A:            Dr Kamaludin Karmain
                Mungkin untuk orang yang saiz kecil sedikit tidak boleh lebih 1g. Dos panadol 20mg per berat perdos. Jadi berat 60kg boleh makan 1200mg, 3 atau 4 kali sehari.


Q:           Dr Kamaludin, mungkin doc boleh explain sikit pasal halitosis pada sinusitis. Jzkk.
A:            Biasanya bau pada penyakit sinutisis orang lain tidak boleh menciumnya. Hanya pesakit sahaja bau busuk bila dia menyedutnya. Nanti saya check balik fakta ni.
RESPOND  DARI Q
Practice good oral hygine and drink a lot of water.
Dr Farhani Azizan.
                Nak hilangkan bau mulut kena tahu penyebabnya. Saya Klasifikasikan penyebab bau mulut ni kepada tiga kategori.
·         Yang pertama penyabab yang biasa yang semua orang alami iaitu pemakanan dan kurangnya pergerakan saliva(air liur) dalam mulut.
·         Yang kedua sebab masalah gigi dan gusi dalam mulut.
·         Yang ketiga puncanya berkaitan dengan masalah kesihatan umum tubuh badan seseorang seperti DM( kencing manis)
Masalah gastrointestinah sebagai yang dirujuk kepada doctor perubatan. Penyebab yang pertama dan kedua paling comman yang dijumpai ketika pemeriksaan di klinik gigi.
Untuk penyebab yang pertama, biasanya pasti kita rasa kurang selesa dengan bau mulut selepas makan lebih-lebih lagi makanan manis, masam. Makanan kita yang ada bawang putih, rempah dan sebagainya boleh hilang dengan menggosok gigi dan LIDAH setiap kali lepas makan atau kumur-kumur dengan ubat kumur untuk kurangkan bacteria. Kadang mulut kering boleh sebabkan nafas berbau. Jadi banyakkan minum air. Aktiviti pengunyahan seperti xylitol gum supaya air  liur sentiasa terhasil dan bergerak dalam mulut untuk bersihkan sisa makanan. Banyak manfaat sebenarnya bila berpuasa banyakkan minum air atau makan buah semasa bersahur.
Untuk penyebab bau mulut kategori  kedua di mana bau mulut berpunca daripada gigi yang rosak atau karang gigi dan penyakit-penyakit gusi jumpa doctor untuk rawatan pembersihan karang gigi atau tampalan atau saluran akar atau pencabutan. Karang gigi yang bertumpuk memang sangat menyebabkan mulut berbau. Gigi non vital (bahasa awam: gigi mati)juga menyebabkan bau luar biasa. Begitu juga dengan infeksi pada gusi yang bermacam-macam jenis.

Q:           Salam Doc
                Pasal dos ubat untuk bayi dan kanak-kanak.
                Saya pernah ke klinik swasta. Anak demam pembantu klinik bagi dos biasa 5ml untuk anak setahun lebih dan nerat 10kg. anak saya demam berlarutan sampai lebih 5hari jadi saya bawa ke hospital kerajaan di  wad kecemasan  kerana doc telah pesan sekiranya demam berlarutan kena pergi ke hospital. Bila check darah semua ok. Kemudian doctor  tanya dos ubat yang diberikan. Doctor kata dos itu tidak mencukupi sebab itu anak tidak sembuh-sembuh. Kalau di klinik kesihatan / hospital diorang akan beri ubat base on berat anak. Tapi kenapa tidak macam itu untuk klinik swasta.
A:            Dos ubat demam bagi klinik kanak-kanak pun sama 20mg/kg/dos. Ubat demam kita tengok ada yang 120mg/5ml dan yang 250mg/50ml. jadi kalau anak berat 10kg kena bagi 200mg setiap kali.

Q:           Salam Doc.
                Panadol ini sekadar menipu otak kita agar tidak rasa sakit je kan? Ia bukanlah mengandungi apa-apa antibiotic? Benarkan begitu? Dan kalau kita ajar badan atau kepala kita tahan sakit agar lama-lama dah biasa dan tidak perlu bergantung kepada ubat. Apakah ada kesan baik dan tidak baik pada tubuh.
A:            panadol digunakan sebagai anti demam tapi ia juga ada analgesic property sikit. Betul dia menahan sakit supaya kita tidak rasa tapi sakit itu sebenarnya masih ada. Kalau kita boleh tahan tidak perlulah makan. Tiada kesan apa-apa kalau tidak makan dan kalau makan pun sampingannya minimal. Bukan semua penyakit perlu antibiotic. Antibiotic hanya berkesan pada kuman bacteria sahaja.

Q:           Salam Doc. Baru- baru ini adik saya mengalami sakit perut yang amat sangat hingga nak bangun pun tidak boleh. Bila sampai hospital kat emergency tiba-tiba sakit itu hilang, waktu nak balik sakit itu dating balik dan dia dibawa ke unit rawatan acute. Bila buat blood test n Xray semuanya normal dan dia kena discharge. Dua hari selepas itu sakit perut itu dating balik. Dia cakap sakit tu kat bahagian tengah perut ke atas dan kekkanan dekat ari-ari. Dr just bagi dia sakit gastric. Apakah possible disease yang dia alami?
A:            Besar kemungkinan batu karang  pun boleh tu, nanti kalau jadi lagi check air kencing.

Q:           Apakah langkah yang paling berkesan untuk mengubati bayi yang seusia seminggu kelahiran menghidap kuning?
A:            Perlu check paras bilirubin dalam darah. Jika melebihi 100mmol/l kena buat phototherapy. Kalau di rumah bolehlah letakkan di tepi tingkap tapi bukan kena matahari direct. Kita hanya perlukan cahaya yang terang.

Q:           Salam Doc. Kenapa bila batuk kita tidak boleh atau digalakkan minum ais batu? Benarkah ais batu ini pembawa bacteria yang melambatkan sembuhan sakit tekak dan batuk ini? Tiada pantang larang dalam minum ketika batuk ye?
A:            Ini saya tidak pasti sebab saya tidak pernah haling orang minum ais bila batuk. Saya sendiri pun minum bila batuk. Pada saya tiada mungkin pada orang lain.

Q:           Assalamualaikum Doc KK.
                Sahabat saya bertanya. Anak dia bayi lagi. Baru keluar dari hospital. Ada ruam-ruam di muka dan badan. Ubat apa yang sesuai?
A:            Walaikumussalam…
                Mungkin dia sensitive  dengan  keadaan sekeliling pada saya biarkan sahaja. Dan jangan guna sabun semasa mandi memadai dengan air sahaja.

Q:           Assalamualaikum Doc KK
                Sahabat saya bertanya lagi. Ramai bayi kena penyakit KUNING. Why? Apa ubat yang paling mujarab. Saran dari doctor KK. Bagi pengamal perubatan kampong , ada kata susu kambing, dukung anak. Sib baik tiada dukung ibu? Harap Doc KK boleh bagi pencerahan. Tqvm doc.
`A:          Walaikumussalam…
                Kuning pada bayi disebabkan hatinya belum betul-betul matang untuk mengendalikan bilirubin yang dihasilkan dalam badan. Jadi paras bilirubin akan meningkat seterusnya bayi menjadi kuning. Tiada ubat berikan masa untuk hati menjadi matang. Sementara itu turunkan paras bilirubin dengan cara phototerapy. Jangan beri baby selain dari susu ibu.

Q:           Assalam Doc. Anak saya telah dipotong usus seawal 25 hari menjalani operation akibat usus pecah jangkitan kuman. Dilakukan di HSB Alor Setar. Kini usianya dah 2tahun 4bulan. Sihat. Cuma selalu kembung perut. Adakah apa-apa supplement yang doctor sarankan. Kelahiran pramatang. Saya berikan susu enfalax dan sekarang enfagrow 3. Minta nasihat untuk memaksimumkan kesihatan dia. Kata Doktor usus besar tinggal 10cm kecil 42cm.
A:            Yang dipotong usus kecil atau besar. Dia hanya memerlukan supplement bila kita dapati kurang sel darah merah, rambut halus keperangan. Ada ocdema dan masalah lain kekurangan zat makanan. Untuk kembung tiada supplement tertentu rasanya hanya mungkin kena modify sikit dietnya sebab dikhuatiri beliau tidak dapat menghadam makanan tertentu. Maaflah tuan, saya kurang arif, eloklah diskus dengan pakar kanak-kanak semasa follow up jangan takut bertanya. Elok masa follow up Tanya pakar kanak-kanak, sebelum pergi tulis semua yang nak ditanya supa tidak lupa.

                Jawapan Tambahan dari DR AZLINDA ASHARI.
                Boleh tambahkan sayur dan buh-buahan dalam diet anak supaya ususnya berjalan dengan lancar.

Q:           Assalam Doc. Saya baru saja membuat blood test untuk check T3 & T4 Tyroid. Masalah saya sekarang, saya mudah sangat rasa sakit kepala sepanjang hari terutamanya bila stress. Alaupun benda kecil sahaja. Sakit kepala macam tidak cukup tidur. Balik sekolahh memang sangat penat. Kalau tidur lepas balik sekolah memang lena sebab penat sangat. Terlebih tidur sakit kepala pulak. Kadang kadang rasa badan menggigil sedikit tapi tidak teruk. Ada masanya rasa melloya dan berpeluh sejuk. Doctor yang buat blood test kata tunggu result. Buat masa ini kalau sakit kepala makan panadol sahaja. Apa yang boleh saya buat untuk elak dan kurangkan sakit kepla dan semua masalah yang diatas.
A:            Stress memang boleh menyebabkan sakit kepala yang kita panggil tension headache. Mungkin boleh cuba cara menangani stress yang kita bincang semalam. Jangan lupa exersice untuk kurangkan stress.

Q:           Soalan ini ditujukan pada Doktor Farhani. Saya mempunyai gigi yang sangat-sangat sensitive. Beberapa tahun lepas saya pernah buat “scaling”(tidak tahu istilah sebenar) dan cuci gigi dengan doctor pelatih. Disebabkan rasa ngilu yang teramat sangat mereka bius gusi saya 2 kali pastu masih terasa lagi dan saya sangat tidak selesa sepanjang sesi tersebut. Dorang tidak boleh bius lagi dah melainkan disapukan gel yang rasa macam ubat gigi tu.  Punya banyak agaknya sampai saya tertido selepas itu sehingga la prose tersebut selesai. Ada cara tak nak hilangkan kengiluan ni selain dibius tiapkali pemeriksaan? Gigi yang paling sensitive di barisan depan.
Soalan tambahan:
Oleh yang demikian  saya akan terus menghadap kesensitifan gigi ini selam-lamaya ke doc? Kalu berus ok Cuma masa gi check itu dorang macam guna mesin drill dengan yang cuci plak tu. Yang tu ngilu sangat.
A:            Wah ini memang tahap teramat sensitive. Setakat ini, saya juga hanya ada dua cara tu. samada sarankan pakai desensitizing  agent (di rumah) iaitu dengan menyapu ubat gigi seperti sensodyne atau colgate sensitive pro relief pada bahagian gigi sensitive
·         Biarkan beberapa minit
·         Baru berus gigi.
Saya tanya patient bila patient dating pada next visit katanya berkesan. Sekiranya pada waktu dilakukan rawatan tersangat ngilu dan sensitive memang doctor akan bius. Biasanya dah bius dah tak rasa la sensitifnya. Kadang memang patient yang rayu dibius sebab tak tahan ngilu. Cuba selalu amalkan kaedah yang disarankan di rumah dengan harapan ia akan berkurang. Cuba set mind untuk bertahan dengan mesin-mesin n alat drill tersebut kadang-kadang  psiko je. Memang ada  yang jenis tidak tahan ..doktor akan slowkan kerjanya a. agak menyulitkan sebenarnya.

Q:           Kerapkali kita dengar rawatan akar yang dikatakan rawatan akar ni yang macam mana ya.
A:            Rawatan akar gigi tu maknanya matikan saraf yang membawa deria sakit atau ngilu dari gigi yang sakit. Rawatan ini komplikated sebab tu cajnya agak mahal. Dr gigi pun kena belajar lebih sikit untuk buat rawatan dengan kejayaan yang tinggi. Langkah untuk mengelakkan dari cabutan. Tetapi tidak semua kes sesuai.
                Soalan tambahan.
Q:           Jika rawatan rutin akar ini kita buat adakah gigi kita boleh tahan sampai bila-bila ke?
A:            Itu yang saya cakap peratusan kejayaan berbeza-beza kes k ekes dan dari doctor ke doctor. Biasanya dilakukan di klinik pakar di bawah pengawasan pakar.




Q:           Kalau kos tanam gigi macam mana pula doctor? Saya tengok ramai orang muda yang buat.
A:            Kalau dulu-dulu dalam lima ribu sebatang. Sekarang dah makin murah sebab dah ramai doctor tempatan yang boleh buat. Kalau masih ada baki gigi tertinggal dan sudah Berjaya rawatan akan option ialah buat crown saja bukan tanam gigi. Harga jauh lebih murah  dan lebih selesa.

Q:           Buat crown ni ada risiko tak doctor?
A:            Buat crown atas gigi yang dirawat akar secara sempurna ok. Kalau tidak sakit mungkin datang semula atau jangkitan kuman jawabnya kena cabut jugalah.
Q:           Bagaimana pula dengan gigi palsu. Ada risikonya?
A:            Gigi palsu pula secara teknikalnya mungkin tidak fit sempurna boleh menyebabkan masalah ulser geseran atau longgar. Kalau longaar polident ada. Kalau ulser mungkin kene buat gigi palsu yang lain. Satu lagi risiko ialah tertelan gigi palsu.
Soalan tambahan:
Memang ada kes tertelan gigi palsu ke?
                A:            Kalau tidur pun pakai gigi palsu boleh tertelan especially kalau satu atau dua batang sahaja. Kes memang ada.
                Dr Farhani Azizan
                Ada kes tikus bawa lari gigi palsu.





               





No comments:

Post a Comment