Wednesday 6 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 2 MEI 2015

Q:
Apakah seseorang yang mempunyai penyakit ala time bomb ini dikategorikan sebagai sihat juga?

A:

Kalau ikut tafsiran sihat, ini tidak sihat.

Q:

Kadang-kadang rasa kerisauan dan lain-lain gangguan emosi turut mempengaruhi mood dan selera makan juga kan doktor?

A:
Inipun tak sihat mentalnya.

Q:
Saya sering dilanda masalah semut-semut terutama pada bahagian kaki. Kalau dalam khutbah Jumaat, memang tidak selesa pasal selalu kena alih kedudukan. Apakah punca sebenar( dari segi sains kedoktoran)ujian yang menimpa saya ini?

A:
Rasa semut-semut macam kebas ke. Tu biasa sebab aliran darah tidak lancar. Mungkin disebabkan posisi duduk. Orang lain duduk lama pun kena. 

Q:

Nak hilangkan rasa semut-semut tu macamana?

A:
ubah posisi duduk atau kaki.

Goyang-goyang  punggung.

Rasanya kita boleh train untuk hilangkan rasa sessemut tu sebab kita lihat orang yang dah biasa boleh duduk antara dua sujud begitu lama.

Q:
Assalamualaikum,

Berapa lama masa diambil untuk pulih sepenuhnya daari demam denggi? terima kasih.

A:

Kalau bukan yang berdarah dalam 2 minggu dah ok.Tapi rasa letih dan tidak bermaya boleh sampai 4 ke 5 minggu.

Q:

Demam denggi juga boleh berlaku berulang-ulang ya doktor? Ada client saya kena demam tiap-tiap tahun ,mujur takaful covered.

A:
Iya, sebab dengue ada banyak strain. Buat buat pembasmian nyamuk dan berdoa semoga Allah jauhkan dari mendapat penyakit. 

Q:

Assalam doktor, saya nak tanya, jika  badan naik mendadakdisebabkan ubat, bagaimana nakturunkan balik berat badan? adakah jaga pemakanan dan mesti ke buat senaman ringan secara konsisten?

A:

Betul tu, makanan kena kurang karbohidrat dan minyak juga santan banyakkan sayur. Dalam satu pinggan suku nasi,suku ikan atau daging dan setengah sayur.Jangan lupa senaman tiga atau empat kali seminggu.

Q:

Sebab kawan saya stress sangat-sangat bila datang kenduri kawen @ sesuatu majlis, semua orang cakap dia gemuk.

A:
Nasihatkan dia supaya jangan stress setengah orang bila stress akan makan lagi banyak.Tukarkan jadi galakan untuk kuruskan badan.

Q:

Assalamualaikum Doktor,

Nak tanya  adakah ubat yang sesuai untuk bisul? Pesakit ada penyakit diabetes dan bisul kerap sangat tumbuh. Terima kasih.

A:
Yang paling penting kawal kencing manis sambil rawat bisul, kalau dah besar dan lembik kena buat incision dan drainage beri antibiotik . Bisul kerap terjadi kerana kencing manis tidak terkawal. 

Q:
Pesakit dah ambil insulin untuk kencing manis dan bacaan kencing manis dalam belasan. Beliau ada mengambil rawatan bekam untuk mengeluarkan bisa bisul. Bekam membantu/mempunyai side effect lain? Bisul kerap terjadi kepada beliau sehingga berulang di tempat yang sama.

A:
Paras gula sepatutnya antara 6 ke 10 mmol/l, memang menunjukkan kencing manis tidak terkawal. Beliau kena kawal kencing manis kalau tidak akan sering mendapat bisul.

Q:
OOhh...baiklah. Adakah normal bagi orang yang hidap kencing manis mengalami bisul? terlalu kerap terjadi sehingga beliau putus asa dan berhenti kerja. 

A:

Dr Azlinda Ashari

Kalau diabetes tak well controlled, mudah kena bisul. Kuman  suka banyak gula.

Dr Kamaludin 

Bisul terjadi sebab imunity rendah bila kencing manis tidak terkawal.

Q:
Salam Doktor, 

Boleh huraikan tak mekanisme CPR, mereka yang terhenti pernafasan atau lemas. Bagaimana jantung boleh kembali berfungsi melalui CPR?Boleh ke dilakukan berkali-kali teknik itu sampai mangsa kembali bernafas?

A:
Dalam CPR sebenarnya kita nak maintain circulation supaya otak tidak mati sehinggabantuan datang.Kadangkala  dalam masa kita maintain circulation pesakit boleh bernafas dan denyut jantung boleh kembali kerana dalam masa yang sama tiada denyut nadi sebenarnya jantung dalam keadaan ventricular fibrillation.

Q:
Maknanya darah dalam otak membeku dalam tempoh terhentinya pernafasan?

A:
Oh tidak, otak perlukan oksigen dan makanan jika tidak ia akan mati dengan cepat jadi CPR ini menghalang ini berlaku. Semasa kita tekan mengepam jantung dari laur kita harap darah boleh sampai ke otak. 

Q:
Masa kita bagi pernafasan itu bukan ke karbon dioksida yang dihembus dan bukannya oksigen yang masuk. Adakah kita bekalkan Oksigen dan bukannya karbon dioksida ke doktor masa tu? Apa tujuannya kita  tiup ke mulut peasakit?

A:

Dr Kamaludin

Bukan semua udara yang kita tiupkan itu semuanya karbon dioksida hanya peratus nya lebih tinggi dari udara biasa  dan ia juga mengandungi oksigen walaupun peratusnya lebih rendah dari udara biasa tapi masih lebih tinggi  dari karbon dioksida.

Dr Adli Khalim

Cuma ingat O2 udara biasa 21%,  O2 yang kita hembus still ada 16% O2. Kalau tidak salah. 

Q:

Yang renjatan guna alat yang selalu digunakan kat ICU tu? Kenapa perlu direnjat dengan alat tu? Ada limit penggunaannya tak berapa kali dan kalau over limit tu apa yang jadi pada mangsa?

A:
Dr Adli Khalim

Defibrillator. Kalau irama jantung tak ok, kita bagi shock sekali dengan harapan irama jantung akan berhenti sekejap then restart dengan irama yang normal.

Dr Kamaludin 

Itu namanya defibrillator , tadi saya dah beritahu, jantung dalam keadaan venticular fibrillation  jadi alat itu revert jantung berdenyut sepertibiasa. Biasanya digunakan dengan adanya ecg untuk mengetahui status jantung. Saya dah tak ingat kuasa maksimum untuk mesin tersebut. Tapi kalau sudah 3 atau 4 kali dan jantung tidak pulih proses tersebut diberhentikan. 

Dr Adli

Biasanya kita guna 200 Joule untuk monophasic, 120 Joule untuk biphasic.

Q:
Salam Doc Boleh suggestkan apa krim sapu yang sesuai untuk bisul. Dah pecah , susah nak baik. Adakah sebab selalu berpeluh dan lembab?

A:
Bisul biasanya kita rawat dengan antibiotik dan incision  and drainage. Lepas kena dressing hari-hari hingga baik. 

Q:
Kalau masa normal tapi bacaan ecg tidak cantik, bolehkah charge dengan mesin tu? dalam keadaan sedar?

A:
Jangan Kalid, itu membunuh diri tu.

Q:
Kalau diteruskan akan ada kesan pada organ dalaman ye doktor?

A:
maknanya masa dia  berjumpa dengan Allah dah tiba. semua itu berpandukan pengalaman lalu.

Q:
Masa saya buat ecg dulu, sy memang tak faham baca graf dan pattern tu, cuma nurse tu cakap dan puji cantiklah graf tu.  Saya sangkakan turun naik graf tu berdasarkan mood kita yang mana  kalau kita  rasa cemas  tentu graf  tu naik tinggi..rupanya tidak begitu ya?

A:
ECG menggambarkan aktiviti  elektrik di jantung. aktiviti ini yang mengawal denyutan jantung kita. Jika kita cemas ia akan hanya menyebabkan degupan jantung laju.

Q:
Kalau kasang-kadang  tanpa sebab yang kita ketahui jantung kita berdegup kencang dan rasa cemas macam sakit dada. Apa sebabnya , buat test ecg doktor kata normal.

A:
Ini kita panggil paroxysmal atrial tachycardia di mana dengan tiba-tiba kadar denyutan jantung  menjadi laju disebabkan discharge elektrik yang laju. Biasanya keadaan ini tidak merbahaya  dan hanya akan diberikan rawatan  jika waktu berlaku sedemikian tekanan darah menjadi rendah dan kita rasa  macam nak jatuh. Tapi eloklah buat pemeriksaan untuk memastikan bukan disebabkan  tiroid tinggi.

Q:
Kalau disebabkan tyroid tu ada indicator ke doktor. sakit tekak ke . bengkak ke?

A:
Kalau thyroid , kita akan gigil, rasa panas badan, tapak tangan akan sentiasa berpeluh, degup jantung laju, mata tersembul dan berat badan asyik turun.

Q:
BP 115/70 darah rendah ke?

A:

Tekanan ini normal.


No comments:

Post a Comment