Wednesday 6 May 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 1 MEI 2015

 

Q: 

Ada petua untuk hilang loya mabuk? Da 5minggu perut lapar. Da makan keluar balik. Nak makan pun takut.

 A:

Terlebih dahulu tahniah diucapkan. kena makan sikit. Boleh aje makan crackers yang tidak berminyak mungkin sejam dua keping.

 Q:

Jzzk Dr Kama, Angin pun banyak ni. Macamne nak kurangkan angin ni? Masa mengandung anak ke 4 dulu sampai 8 bulanmasih muntah sebab angin.

 A:

Angin sebab tak makan.kalau kerap makan angin pun malu nak dekat. Cuba makan  sikit-sikit dan kerap mungkin mula-mula kurang selesa tapi nanti insya Allah akan okay. Kalau kita tak makan paras gula dalam dalam akan menjadi rendah menyebabkan kita akan rasa lagi pening.

 

Q:

Makn cracker ke dr?

 A:

Iya dan apa juga yang kita suka tapi elakkan yang berlemak dan berminyak.

 Q: 

Try plain yogurt, Norsimah.Boleh ke doktor?

A:
Boleh. Janganlah makan sekali banyak macam tu, pisang sebiji setengah jam kemudian makan  sebiji lagi.  

Q:
Bila asyik muntah je, tidak ke hilang semua nutrisi pemakanan untuk baby dalam perut tu? tiada cara tidak mahu muntah-muntah?

A:

Makan sikit-sikit dan kerap.

No comments:

Post a Comment