Thursday 4 June 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR

SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 4 April 2015

 

Q1:

Apa itu traction?

A:

Dr Seiji

Bila tulang patah ia tulang terbelah itu akan ditarik oleh otot-otot. Untuk sambungkan tulang, tulang itu perlu disambungkan hujung bertemu dengan  hujung. Bila traction dilakukan , kita tarik tulang itu sekuat-kuat  hati dalam keadaan bius supaya  kedua-dua tulang itu berjarak kemudian bercantum semula kemudian kita simen supaya tulang patah itu tidak lari. Traction kata istilah simple.TARIK. Tujuan untuk mengurangkan sakit, pendarahan berhenti dan untuk memudahkan operation. 

Dr Kamaludin.

Traction ialah proses di mana dua bahagian di badan ditarik pada arah bertentangan biasa dilakukan pada sakit pinggang  bila terdapat compression pada saraf. Tujuannya ialah untuk meregangkan tulang belakang dan melepaskan compression pada saraf. 

Q2:

Apa kesan kalau terlalu banyak minum kaffein?

A:

Dr Kamaludin

Caffeine ialah sejenisstimulant yang boleh menyebabkan susah untuk tidur dan restless. Ia juga boleh meransang terjadinya gastritis dan ulcer perut. 

Dr Seiji

Nak berhenti caffeine pun kena slowdown kalau tidak akan extreme kepenatan. 

Q3:

Dr, saya ada darah tinggi  dan sudah ambil ubat dalam 2 tahun. Saya dinasihatkan  untuk bersenam, saya sudah bersenam hampir setahun. Alhamdulilah  darah tinggi saya dapat dikawal . Bolehkah, saya tinggalkan ubat dan terus bersenam?

A:
Kalau tekanan darah dah betul betul normal contohnya 120/70 boleh saja cuba berhenti dengan pengawasan doktor dan berhenti dengan cara gradual yang dirancang oleh doktor. Jangan berhenti dengan cara abrupt sangat merbahaya mungkin boleh dapat rebound hypertension dan stroke. Boleh bincang dengan doktor yang merawat untuk berhenti makan ubat.  yang atas mesti tidak melebihi dari 130.

Q:
Anak berumur 8 tahun. perempuan. Selalu gatal kepala. Saya  periksa tiada kutu atau kelemumur. Kesian sangat bila gatal. Dia syampu rambut. 

A:

Cuba tukar pada  syampu selsun  sekali seminggu. Sebenarnya syampu ini mengandungi anti fungal. Sekali semiggu sahaja. Syampuu selsun ini sesuai untuk kelemumur juga. Kalau dah cuba syampu lain dan tidak berjaya bole cuba syampu ini tapi tidak boleh pakai hari hari. Paling kerap pun dua kali seminggu.

Q: 

Salam Tumpang tanya, betul ke ada orang kata kerap minum teh o ais penyebab kepada rosak buah pinggang?

A:

Ada disebut sumber dari journal new england medicine tentang pengambilan oksalatyang berlebihan. Secara general, pengambilan  minumam bergula yang berlebihan yang boleh menyebabkan kencing manis dan beri kesan pada fungsi buah pinggang. 

Q:
Saya terfikir sekiranya fastfood ini berbahaya diambil selama 3hari berturut-turut dalam sebulan kenapa kerajaan tidak ketatkan iklan mengenai bahaya nya makanan segera ini?  Pada saya 3kali makan dalam sebulan sudah cukup membayahakan kesihatan dalam jangka masa panjang. 

A:

Makanan segera atau fastfood  memang tidak elok diambil walaupun sekali sebulan. Terlalu banyak garam, gula dan bahan pengawet walaupun dibenarkan. Masih banyak akta yang tidak dikuatkuasakan terutamanya akta makanan.

#rokok dan produk supplemen pun dibawah akta makanan. 

Ianya lebih kepada pengambilan berlebihan dengan keperluan badan kita. Contoh mudahnya disarankan 1 gelas air panas guna 1 sudu kecil gula sahaja. Tapi 1 tin air tin ada 6 sudu besar gula. Selalunya 1 jug air ( 8-10 gelas air) memerlukan 4-5 sudu gula sahaja.  Nampak tak banyak sangat kita dah ambil gula hanya dengan 1 tin air bergas. 

Q:

Ingin mengetahui berkenaan penyakit allergic stomatitis dan allergic dermatitis. Kawan ada menghidapi penyakit ini, sebelum ini kena allergic dermatitis di muka kemudian ok dah dan sekarang ini allergic stomatitis di bibir dan mulut. Bibir selalu kering dan ada rasa pedih sikit bila gosok gigi . Bagaimana nak cure penyakit ini dan prevent ?

A:

Kedua ini adalah penyakit yang sama hanya berlaku ditempat yang berbeza. Untuk cure setakat ini belum diketahui kecuali kalau kita tahu kita alah dengan apa, kita hindari insha Allah lesion itu tidak akan menjadi. 

Q:

Doktor, kenapa selepas 5minit minum minuman oren , saya sering mengalami pedih di ulu hati? untuk makluman saya ada gastrik dan makan malam saya pada pukul 6 petang. Terima kasih doktor.

A:

Sakit di ulu hati tanda penyakit gastritis , gerd atau ulcer perut tidak kiralah makan atau minum apa. Kemungkinan satu lagi kemungkinan ialah batu di hempedu. 

Q:

Maknanya saya tidak boleh minum minuman oren? Boleh Dr terangkan persamaan atau perbezaan antara batu hempedu antara batuhempedu atau gastrik?

A:
Batu hempedu biasa akan sakit di ulu hati selepas makan terutamnya makanan berlemak. Makanan berlemak akan merangsang pundi hempedu untuk contract untuk release cecair hempedu bagi membantu penghadaman lemak dan jika terdapat batu di salur hempedu ini akan mnyebabkan sakit. 

Gastritis pula sakit disebabkan direct contact dengan tempat yang mengalami radangan.

Pada kedua dua keadaan ini sakit di ulu hati boleh disebabkan oleh keadaan kembung yang terjadi disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini. 

Q:

Doktor, kawan saya mengadu yang BP dia 116/71 Adakah itu normal? Dia cakap kadang-kadang rasa nak pitam.

A:
Iya, tekanan darah itu normal.

Q:
Berapa tekanan dikatakan tidak normal doktor? Maksud saya yang paling asas? 

A:
Yang atas itu melebihi 140 dan yang bawah 90 dan lebih.


No comments:

Post a Comment