Monday 8 June 2015

Himpunan QnA

  Diskusi bersama Dr Nor Azimi.


Assalamualaikum Dr Nor Azimi.. Dr Nor Azimi, sekiranya patient mempunyai penyakit kritikal dan perlu pembedahan dan rawatan secepat mungkin,adakah pihak hospital mempunyai dana atau peruntukkan bagi membantu patient terutama yg kurang berkemampuan? Adakah pihak hospital menyediakan khidmat sosial bagi membantu pesakit yg bermasalah kewangan? Jika ada,bentuk bantuan atau dana macamanakah yg disediakan?

 Sebenarnya dalam banyak keadaan pesakit kritikal kita utamakan dulu. Bayaran boleh diuruskan kemudian. Nyawa pesakit diutamakan. Di hospital kerajaan kita ada dana tertentu untuk bantu pesakit seperti Tabung Perubatan Kronik dan lain-lain.  Di Terengganu khususnya kita ada Dana Khas Kerajaan Terengganu bagi tujuan membantu pesakit yang tidak berkemampuan.  Dalam banyak keadaan kita kecualikan bayaran tertentu untuk pesakit kurang mampu. Di setiap hospital kerajaan ada Jabatan Kerja Sosial Perubatan yang menguruskan hal2 kebajikan pesakit sebegini. Mereka juga berhubung rapat dengan Jabtan Kebajikan Masyarakat bagi membantu pesakit. Bantuan boleh berupa bantuan alat perubatan mahupun ubat - ubatan. Ada juga dalam bentuk wang tambang ddan lain-lain. Kenapa masa untuk berjumpa dengan pakar atau doktor perubatan di klinik pakar mengambil masa yang lama untuk sebuah temujanji? Waktu menunggu temujanji lama sebab ramai pesakit. Cuba bayangkan 300 org pesakit sehari yang perlu dilihat oleh cuma 6 org doktor.

 

No comments:

Post a Comment