Thursday 4 June 2015

Himpunan QnA

BILIK 50 DISKUSI BERSAMA DOKTOR


SOALAN DAN JAWAPAN TERKUMPUL 6 April 2015

Q:
Assalamualaikum Dr, 

Kenapa pengambilan ubat seperti prednisolone tu perlu dihentikan secara berkala. Kalau sesetengah ubat lain boleh saja stop macam itu sahaja.

A:
Takut withdrawal. akan ada side effect bila berhenti secara mendadak.

Q:
Betul ke kenyataan dalam Sinar  tu pasal ubat gigi dan kicap tidak boleh sapu pada kulit yang melecur?

A: Ya benar. yang Dr sapu itu namanya SSD cream, rupanya macam ubat gigi tapi berbeza.

Q:
Adakah termasuk tugas nurse untuk basuh berak pesakit di hospital?

A:
Tidak,  bukan tugas staff nurse, jm @ ma. Bahkan ianya tugas dan tanggungjawab waris atau penjaga. KKMdah lama keluarkan press statement berkaitan dengan isu ini. 

Q:
Apa side effect yang akan timbul jika kita hentikan predsalone secara mendadak?

A:
Akan rasa letih yang amat sangat , lemah dan lesu, sakit badan dan sendi. Pada keadaan teruk boleh collapse disebabkan tekanan darah dan juga gula rendah.

Q:
Assalamualaikum..

ada satu persoalan ubat cloderm oitment untuk apa ya? 

A:
Colderm oitment merupakan sejenis steroid yang poten dan digunakan samada eczema atau dermatitis yang tiasa infeksi secondary.

Q:
Doktor , Apakah eczema ada kaitan dengan asma?

A:
Eczema ada kaitan dengan asthma dan rhinitis.

Q:
Doktor, jika berlaku (eczema ) begini apakah langkah-langkah yang paling digalakkan untuk mencegah dari terus merebak?

A:
Kena bubuh ubat dan kenalpasti dia alah pada apa dan elak kalau boleh. 

Q:
Doktor, eczema dan psorisis beza ke?

A:
Eczema dan psorisis  memang berbeza, eczema sebab alahan , psorisis disebabkan pertumbuhan sel kulit yang sangat cepat sehingga lapisan sebelah atas tidak sempat matang sempurna. 

Q:
Boleh doktor senaraikan  serba ringkas contoh ubat yang doktor sarankan untuk eczema ini?

A:

Maaf tidak boleh. Perlu pengawasan doktor sebab banyak menggunakan steroid. 

Q:
Apa maksud rhinitis?

A:
Rhinitis penyakit selsema  tapi tidak demam dan pada waktu yang sama hidung gatal. 

Q:
Dr, eczema dan asthma boleh dapat through genetic kah? Dalam erti kata lain, boleh diwarisi?

A:

Ya ia boleh diwarisi.

Q:
Means, setiap generasi akan ada la, every time. There's no way to prevent it? Or cure from it?

A:
Mungkin ada skip generation tapi biasanya ada keturunan yang dapat salah satu conditions ini. Untuk prevent setakat ini yang diketahui kini tiada. 

 

Nota Dr Nor Azimi Yunus

KKM dah laksanakan  perkhidmatan mengurut di hospital kerajaan. Unitnya adalah Tradition n complementary Medicine. Misalnya, di HSNZ sendiri, perkhidmatan  yang ditawarkan meliputi urut badan lelaki dan perempuan. Urut selepas bersalin dan akupuntur. Sesetengah hospital menawarkan ayuevedik. Pesakit yang mendapat rawatan disini pesakit yang dirujuk oleh pakar klinikal bukan secara walk in. Selalunya pesakit-pesakit migrine dan stroke sering mendapatkan rawatan di sini. 

Walaubagaimana pun, perkhidmatan ini bukan ada di setiap hospital. Selalunya ditawarkan di hospital negeri saja. Caj ikut jabatan merujuk. Tiada double charge. Mereka yang dirujuk telah dinilai terlebih dahulu oleh pakar yang merawat. Bukan semua kes sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan mengurut ini. Tukang urut adalah yang berdaftar melalui persatuan yang diiktiraf oleh KKM. Begitu juga dengan akupunture. Rawatan hanya complement tanpa meninggalkan perawatan moden yang sedang dilalui.Setakat ini tiada kecuaian sebab melibatkan kes-kes yang stabil.

No comments:

Post a Comment